Tapak ini menggunakan kuki seperti yang diterangkan dalam dasar privasi. Jika anda bersetuju dengan penggunaan kuki, sila klik terima.
Terima
Dasar privasi

Kami menggunakan butiran penyemak imbas anda secara automatik bagi membolehkan laman web ini dipaparkan dengan baik. Jika anda menerima penggunaan kuki kami sahaja, barulah beberapa fail data kecil akan disimpan pada peranti anda yang membolehkan kami ingat akan lokasi, tindakan dan pilihan anda supaya kami dapat meningkatkan pengalaman pengguna anda. Selain penggunaan yang dinyatakan di atas, kami tidak akan berkongsi data anda dengan pihak ketiga, melainkan dikehendaki oleh undang-undang.

Bio‑Oil® / Bi-Oil® / Bioil®

Bio‑Oil menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan pakar, dengan menggunakan minyak untuk memperoleh prestasi produk yang unggul. Jenama ini dikenali sebagai Bio‑Oil® di semua negara kecuali di Austria, Republik Czech, Perancis, Jerman, Slovakia dan Switzerland yang menggunakan nama Bi-Oil® sementara di Jepun, nama Bioil® digunakan.

Perihal

Pada tahun 1987, Bio‑Oil mempelopori penggunaan minyak sebagai bahan untuk membantu proses penambahbaikan pada kesan akibat parut dan tanda regangan. Pada ketika hampir semua produk yang terdapat di pasaran terdiri daripada krim atau losen, penerimaan terhadap produk ini tidaklah memberangsangkan. Hari ini, Bio‑Oil merupakan produk pemulihan parut dan tanda regangan yang terkemuka di dunia. Pada tahun 2010, Bio‑Oil telah menubuhkan makmal pakar yang khusus untuk menjalankan penyelidikan tentang cara minyak dapat digunakan bagi merawat masalah kulit yang lain. Pada tahun 2018, gel berasaskan minyak untuk kulit kering telah dilancarkan dan pada tahun 2020, produk untuk kesan parut dan tanda regangan dengan 100% minyak asli telah dilancarkan. Pada tahun 2021, sejenis losen badan tinggi minyak diperkenalkan ke pasaran. Bio‑Oil hanya memfokuskan penyelidikan, sementara penjualan dan pengedaran produknya dilesenkan kepada syarikat-syarikat penjagaan kulit terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat tentang produk Bio‑Oil, sila ke farmasi terdekat anda.

Parut dan tanda regangan

Minyak ialah bahan yang memiliki keupayaan yang hebat untuk meningkatkan kulit. Cara dan sebabnya tidak benar-benar difahami kerana manfaat minyak banyak diketahui daripada budaya setempat. Bio‑Oil® Skincare Oil ialah minyak yang pertama dihantar untuk percubaan klinikal dan terbukti bahawa bahan ini dapat meningkatkan penampilan parut dan tanda regangan. Kejayaan daripada percubaan inilah yang telah menggalakkan para doktor dan ahli farmasi di serata dunia mula mengesyorkan produk tersebut. Kini, Bio‑Oil® Skincare Oil ialah produk pemulihan parut dan tanda regangan peneraju dunia dan telah menerima lebih 400 anugerah berkaitan penjagaan kulit. Maklumat Produk

Imej produk Bio-Oil Skincare Oil

Kulit kering

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering adalah dengan memberikan kulit satu lapisan di atasnya agar dapat terus memerangkap lembapan. Produk kulit kering tradisional (krim, losen dan mentega) secara puratanya mengandungi lebih kurang 20% minyak, lilin atau mentega bagi tujuan tadi. Bio‑Oil® Dry Skin Gel mengandungi 84%. Bio‑Oil® Dry Skin Gel memulakan pelancaran globalnya pada tahun 2018. Maklumat Produk

Imej produk Bio-Oil Dry Skin Gel

Parut dan tanda regangan (rumusan asli)

Dengan bertambahnya permintaan untuk produk dengan bahan asli, Bio‑Oil membangunkan produk kesan parut dan tanda regangan menggunakan minyak asli sahaja. Keputusan percubaan klinikal telah menunjukkan bahawa produk ini sama keberkesanannya dengan produk kesan parut dan tanda regangan asal Bio‑Oil, dan untuk kali pertamanya, satu produk asli telah dibuktikan dapat menyamai prestasi produk yang menerajui kategorinya. Produk Bio‑Oil® Skincare Oil (Natural) akan mula dilancarkan secara global pada S3 2020. Maklumat Produk

Imej produk Bio-Oil Skincare Oil Natural

Pelembapan badan

Pelembap badan yang ideal seharusnya menyerap dengan serta-merta dan tidak meninggalkan kesan berminyak, lantas memudahkan kita untuk terus berpakaian. Secara asasnya, hal ini amat sukar dilakukan kerana pelembapan perlu meninggalkan selapisan minyak pada kulit untuk membantu kulit membendung lembapan itu. Bio‑Oil® Body Lotion diformulasikan dengan teknologi unggul goncang dahulu Bio‑Oil agar kekal tinggi kandungan minyak namun ultraringan. Bio‑Oil® Body Lotion telah mula dipasarkan ke peringkat global pada tahun 2021. Maklumat Produk

Imej produk Bio-Oil Body Lotion