JENAMA

Bio‑Oil®

NAMA PRODUK DAN SAIZ

Minyak Penjagaan Kulit 25ml

Minyak Penjagaan Kulit 60ml

Minyak Penjagaan Kulit 125ml

Minyak Penjagaan Kulit 200ml

KETERANGAN

Minyak penjagaan kulit yang terbukti secara klinikal membantu dalam pemulihan parut dan tanda regangan.

PETUNJUK

Parut

Membantu untuk memperbaik kesan parut baharu dan lama.

Tanda regangan

Membantu untuk memperbaik tanda regangan. Juga membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit, dan dengan itu mengurangkan kemungkinan pembentukan tanda regangan.

Rona kulit tidak sekata

Membantu untuk memperbaik penampilan rona kulit tidak sekata.

Penuaan kulit

Membantu untuk memperbaik penampilan kesan penuaan kulit pada muka dan badan.

Kulit kering

Membantu untuk mengurangkan kehilangan lembapan dan memperbaik penampilan kulit kering.

PERSEMBAHAN

Minyak oren / merah jambu.

KANDUNGAN

Paraffinum Liquidum, Triisononanoin, Cetearyl Ethylhexanoate, Isopropyl Myristate, Retinyl Palmitate, Helianthus Annuus Seed Oil, Tocopheryl Acetate, Anthemis Nobilis Flower Oil, Lavandula Angustifolia Oil, Rosmarinus Officinalis Leaf Oil, Calendula Officinalis Extract, Glycine Soja Oil, Bisabolol, Tocopherol, Parfum, Alpha-Isomethyl Ionone, Amyl Cinnamal, Benzyl Salicylate, Citronellol, Coumarin, Eugenol, Farnesol, Geraniol, Hydroxycitronellal, Limonene, Linalool, CI 26100.

PERCUBAAN KLINIKAL PARUT

Pusat percubaan

Institut Penyelidikan Dermatologi Gunaan proDERM, Hamburg, Jerman.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® bagi memperbaik kesan parut.

Sampel

Peserta: 36 peserta wanita dengan pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick. Usia parut: baru terbentuk sehingga 3 tahun. Lokasi parut: abdomen, kaki, lengan, leher, lutut, torso, bahagian atas tubuh. Umur Peserta: 18–65 tahun.

Metodologi

Kajian dwibuta, rawak dan kawalan plasebo. Peserta mempunyai parut yang sepadan atau parut yang cukup besar untuk membolehkan penggunaan separa-separa dan perbandingan intra-subjek. Produk disapu dua kali setiap hari selama 8 minggu, tanpa menambah urutan pada kawasan sasaran. Penggunaan dilakukan di bawah pengawasan penyelia pada jangka masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu kosong, kedua, keempat dan kelapan. Beberapa parameter parut seperti yang didefinisikan dalam Skala Penilaian Parut Pemerhati dan Pesakit (POSAS -Patient and Observer Scar Assessment Scale) telah dinilai.

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® berkesan untuk memperbaik kesan parut. Hasil yang ketara dari segi statistik dicapai selepas hanya 2 minggu (hari ke-15), dapat dilihat pada 66% daripada peserta. Selepas 8 minggu, (hari ke-57), 92% daripada peserta menunjukkan peningkatan, dengan tahap peningkatan hampir tiga kali berbanding pada 2 minggu. Peningkatan POSAS yang berterusan dan ketara sepanjang tempoh kajian.

KAJIAN PARUT JERAWAT

Pusat percubaan

Bahagian Dermatologi, Peking University First Hospital, Beijing, China.

Objektif

Satu kajian penerokaan untuk menilai keberkesanan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® untuk meningkatkan kesan parut jerawat pada muka peserta orang Cina.

Sampel

Peserta: 44 peserta orang Cina dengan parut jerawat yang baru terbentuk pada muka (<1 tahun). Sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® merangkumi 32 peserta dan sel tak dirawat merangkumi 12 peserta. Umur peserta: 14–30 tahun.

Metodologi

Kajian rawak, terkawal, keberkesanan gred buta. Peserta mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu dua kali sehari selama 10 minggu. Penggunaan dilakukan di bawah pengawasan penyelia pada jangka masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu 0, keempat, kelapan dan kesepuluh termasuk yang berikut: Penilaian skor parut global (GSS) oleh penyelidik, pengukuran warna/kemerahan parut jerawat menggunakan kolorimeter, pengukuran paras sebum menggunakan sebumeter, pendokumenan bilangan bebintik hitam dan lesi radang oleh pakar dermatologi. Peserta juga menjawab soal selidik penilaian kendiri pada setiap lawatan.

Keputusan

Keputusan yang terbaik daripada penggredan klinikal ialah keupayaan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® untuk mengurangkan eritema atau pemerahan parut jerawat makular (leper), dengan keseluruhan kulit menjadi lebih cerah. Keputusan daripada soal selidik penilaian kendiri menunjukkan bahawa lebih daripada 84% peserta mengalami peningkatan pada keadaan keseluruhan parut jerawat mereka dan lebih daripada 90% mengalami peningkatan penampilan warna parut. Keputusan daripada bilangan jerawat dan pengukuran sebum menunjukkan bahawa Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® tidak menyebabkan atau menggalakkan pertumbuhan jerawat atau meningkatkan perembesan sebum.

PERCUBAAN KLINIKAL TANDA REGANGAN

Pusat percubaan

Institut Penyelidikan Dermatologi Gunaan proDERM, Hamburg, Jerman.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® untuk memperbaik kesan tanda regangan.

Sampel

Peserta: 38 peserta wanita pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick. Punca tanda regangan: pelbagai (selepas kehamilan, kegemukan atau peningkatan remaja). Lokasi tanda regangan: abdomen, paha dan pinggang. Umur Peserta: 18–65 tahun.

Metodologi

Kajian dwibuta, rawak dan kawalan plasebo. Peserta mempunyai tanda regangan yang sepadan atau tanda regangan yang cukup besar yang membolehkan sapuan tanda regangan separa-separa dan perbandingan intra-subjek. Produk disapu dua kali setiap hari selama 8 minggu, tanpa menambahkan urutan pada bahagian sasaran. Penggunaan dilakukan di bawah pengawasan penyelia pada jangka masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu kosong, kedua, keempat dan kelapan. Beberapa parameter parut seperti yang didefinisikan dalam Skala Penilaian Parut Pemerhati dan Pesakit (POSAS -Patient and Observer Scar Assessment Scale) telah dinilai.

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® berkesan untuk memperbaik kesan tanda regangan. Hasil yang ketara dari segi statistik dicapai selepas hanya 2 minggu (hari ke-15), dapat dilihat pada 95% daripada peserta. Selepas 8 minggu, (hari ke-57), 100% daripada peserta menunjukkan peningkatan, dengan tahap peningkatan hampir lebih dua kali berbanding pada 2 minggu. Peningkatan POSAS yang berterusan dan ketara sepanjang tempoh kajian.

PERCUBAAN KLINIKAL RONA KULIT TIDAK SEKATA

Pusat percubaan

Thomas J. Stephens & Associates, Inc., Texas, Amerika Syarikat.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® bagi memperbaik penampilan rona kulit tidak sekata dan pigmentasi berbelak apabila digunakan oleh wanita yang mengalami kerosakan kulit akibat pancaran matahari (penuaan) tahap ringan hingga sederhana pada muka dan leher.

Sampel

Peserta: 67 peserta wanita dengan pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick yang ditentukan secara klinikal mengalami kerosakan kulit akibat pancaran matahari yang ringan hingga sederhana pada muka dan leher. Sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® merangkumi 35 peserta dan sel tak dirawat merangkumi 32 peserta. Umur peserta: 30–70 tahun.

Metodologi

Kajian rawak, terkawal, keberkesanan gred buta. Peserta mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu pada muka dan leher dua kali sehari selama 12 minggu. Penggunaan dilakukan di bawah pengawasan pada lawatan asas. Penilaian klinikal dijalankan pada minggu kosong, kedua, keempat, kelapan dan ke-12. Peserta masing-masing digredkan secara klinikal pada muka dan leher untuk rona kulit tidak sekata dan pigmentasi berbelak.

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® berkesan untuk meningkatkan penampilan rona kulit tidak sekata dan pigmentasi berbelak pada kulit rosak akibat pancaran matahari (penuaan). Hasil yang ketara dari segi statistik dicapai selepas 4 minggu untuk kedua-dua parameter pada muka dan leher. Selepas 12 minggu, 86% daripada peserta dalam sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi statistik dalam penampilan rona kulit tidak sekata pada muka, 71% daripada peserta dalam pigmentasi berbelak pada muka, 69% dalam rona kulit tidak sekata pada leher dan 60% dalam pigmentasi berbelak pada leher.

PERCUBAAN KLINIKAL PENUAAN KULIT

Pusat percubaan

Thomas J. Stephens & Associates, Inc., Texas, Amerika Syarikat.

Kajian 1: Muka dan leher

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® apabila digunakan pada wanita dengan kerosakan kulit akibat pancaran matahari (penuaan) yang ringan ke sederhana pada muka dan leher.

Sampel

Peserta: 67 peserta wanita dengan pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick yang ditentukan secara klinikal mengalami kerosakan kulit akibat pancaran matahari yang ringan hingga sederhana pada muka dan leher. Sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® merangkumi 35 peserta dan sel tak dirawat merangkumi 32 peserta. Umur peserta: 30–70 tahun.

Metodologi

Kajian rawak, terkawal, keberkesanan gred buta. Peserta mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu pada muka dan leher dua kali sehari selama 12 minggu. Penggunaan dilakukan di bawah pengawasan pada lawatan asas. Penilaian klinikal dijalankan pada minggu kosong, kedua, keempat, kelapan dan ke-12. Peserta masing-masing digredkan secara klinikal pada muka dan leher untuk parameter keberkesanan yang berikut: penampilan keseluruhan, garis halus, kedutan kasar, pigmentasi berbelak, rona kulit tidak sekata, kekesatan/kehalusan visual, kekesatan/kehalusan sentuhan, keanjalan, dan kejelasan (kekusaman).

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® berkesan untuk meningkatkan penampilan keseluruhan kulit rosak akibat pancaran matahari (penuaan) pada muka dan leher. Hasil yang ketara dari segi statistik dicapai selepas 8 minggu untuk semua parameter keberkesanan yang digredkan secara klinikal. Selepas 12 minggu, 94% daripada peserta dalam sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi statistik dalam penampilan keseluruhan kulit pada muka dan 80% daripada peserta menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi statistik dalam penampilan keseluruhan pada leher.

Kajian 2: Badan

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® apabila digunakan pada wanita dengan kerosakan kulit akibat pancaran matahari (penuaan) yang ringan ke sederhana pada garis leher, kulit kaki bahagian bawah dan lengan.

Sampel

Peserta: 67 peserta wanita dengan pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick yang ditentukan secara klinikal mengalami kerosakan kulit akibat pancaran matahari yang ringan hingga sederhana pada muka dan leher. Sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® merangkumi 35 peserta dan sel tak dirawat merangkumi 32 peserta. Umur peserta: 30–70 tahun.

Metodologi

Kajian rawak, terkawal, keberkesanan gred buta. Peserta mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu pada garis leher, kaki bahagian bawah dan lengan dua kali sehari selama 12 minggu. Penggunaan telah dilakukan di bawah pengawasan pada lawatan asas. Penilaian klinikal dijalankan pada minggu kosong, kedua, keempat, kelapan dan ke-12. Peserta masing-masing digredkan secara klinikal pada garis leher, kaki bahagian bawah dan lengan untuk parameter keberkesanan yang berikut: penampilan keseluruhan, tekstur berkedut visual, kekeringan/bersisik, kekesatan/kehalusan visual dan kekesatan/kehalusan sentuhan.

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® berkesan untuk meningkatkan penampilan keseluruhan kulit rosak akibat pancaran matahari (penuaan) pada badan. Hasil yang ketara dari segi statistik telah dicapai selepas 4 minggu untuk semua parameter keberkesanan klinikal yang digredkan. Selepas 12 minggu, 89% daripada peserta dalam sel rawatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi statistik dalam penampilan keseluruhan kulit pada garis leher, kaki pada bahagian bawah dan lengan.

PERCUBAAN KLINIKAL KULIT KERING

Pusat percubaan

Makmal Fotobiologi Universiti Perubatan Afrika Selatan.

Kajian 1: Penghidratan stratum korneum dan fungsi penghalang

Objektif

Untuk menilai kesan sekali guna Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® bagi meningkatkan hidrasi stratum korneum (SC) dan fungsi penghalang.

Sampel

Peserta: 40 peserta wanita pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick. Tapak ujian: produk ujian disapukan pada lengan volar semua peserta. Umur Peserta: 25–65 tahun.

Metodologi

Corneometer digunakan sebagai ukuran utama untuk menilai hidrasi kulit, Vapometer digunakan sebagai ukuran kedua untuk menilai fungsi penghalang. Peserta membasuh lengan bawah mereka dengan sabun 2 jam sebelum pengukuran diambil untuk mendorong kekeringan kulit. Pengukuran instrumental asas diambil. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dan satu minyak rujukan kemudiannya disapu pada kawasan berasingan lengan volar peserta. Pengukuran diambil sekali lagi sejurus sapuan produk, diikuti dengan selepas 2 jam, sebelum dan selepas membersihkan produk dari+pada kawasan yang disapu. Satu kawasan tak dirawat kawalan juga diukur pada setiap titik masa.

Keputusan

Sejurus selepas produk disapu, kedua-dua minyak telah mengurangkan kehilangan air transepidermal (TEWL) berbanding kawalan tak dirawat. Pada titik masa sebelum mengelap 2 jam, nilai kapasitans kulit menunjukkan hidrasi kulit meningkat untuk kedua-dua minyak. Dua jam kemudian, selepas mengelap minyak daripada permukaan kulit, Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan nilai TEWL yang terus meningkat berbanding minyak rujukan, menandakan pelepasan kelembapan meningkat dan dengan itu hidrasi kulit meningkat.

Kajian 2: Penampilan kulit kering

Objektif

Untuk menilai kesan sapuan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dua kali sehari bagi prestasi pelembapan dan kelegaan untuk kulit kering.

Sampel

Peserta: 25 peserta wanita yang secara klinikal menunjukkan kulit kering/sangat kering bersisik pada kaki bahagian bawah. Tapak ujian: produk ujian disapu pada luar dan bahagian bawah kaki semua peserta. Umur peserta: 25–65 tahun.

Metodologi

Sabun digunakan selama 7 hari untuk mendorong kulit kering. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dan minyak rujukan disapukan dua kali sehari. Penilaian kulit dibuat pada hari pertama dan ketiga. Penilaian visual dilakukan oleh seorang penilai visual terlatih dengan menggunakan lampu pembesar 2x. Satu kawasan kawalan tak dirawat juga dinilai pada setiap titik masa.

Keputusan

Kedua-dua Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dan minyak rujukan memperbaik kekeringan kulit berbanding dengan kawalan tak dirawat. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® adalah lebih baik dari segi statistik pada hari ketiga. Peningkatan yang ketara dalam penampilan visual pada kawasan kulit yang dirawat dengan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mengesahkan keberkesanannya untuk melegakan kulit kering.

Hasil Kajian Gabungan

Peningkatan ketara dalam penampilan visual kulit kering yang dirawat dengan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dalam kajian 2 mengesahkan keberkesanannya untuk melegakan kulit kering dan terhidrat. Ini disokong lagi dengan penambahbaikan dalam fungsi penghalang stratum korneum dan kapasitans kulit dalam kedua-dua kajian.

UJIAN KULIT SENSITIF

Pusat percubaan

Complife Italia Srl, Itali.

Objektif

Untuk menilai potensi Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® akan menyebabkan kerengsaan kulit.

Sampel

Peserta: 25 peserta; 19 wanita dan 6 lelaki, semuanya mempunyai kulit sensitif mengikut ujian kepedihan asid laktik. Umur peserta: 18–70 tahun.

Metodologi

Kajian rawak dan terkawal. Dua kawasan telah dinilai: kawasan yang menggunakan kawalan negatif (air tanpa mineral) dan kawasan yang disapu Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®. Produk ujian disapu pada bahagian belakang tangan peserta selama 48 jam dengan menggunakan Finn Chamber®. Tindak balas kulit dinilai di bawah pengawasan pakar dermatologi, untuk menilai kerengsaan kulit primer selepas 15 minit, 1 jam dan 24 jam selepas tampalan ditanggalkan. Tindak balas kulit dinilai pada skala dari 0–4 (dengan 0 tiada eritema, edema, atau jenis kerengsaan kulit yang lain, dan 4 ialah eritema dan edema yang serius, menunjukkan timbulnya warna merah gelap dan bengkak berpanjangan di luar kawasan penggunaan).

Keputusan

Penerimaan kulit terhadap Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® disimpulkan sebagai 'tidak merengsakan'.

UJIAN TIDAK KOMEDOGENIK

Pusat percubaan

Complife Italia Srl, Itali.

Objektif

Untuk menguji jika Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® berkemungkinan akan menyebabkan akne dan bebintik hitam (jerawat).

Sampel

Peserta: 20 peserta; 14 perempuan dan 6 lelaki daripada pelbagai jenis kulit skala Fitzpatrick dengan kulit mudah berjerawat. Umur peserta: 18–65 tahun.

Metodologi

Kajian rawak dan terkawal. Produk telah disapu pada cakera kertas penapis ke bahagian belakang bahagian atas badan peserta. Tampalan dibiarkan selama 48 hingga 72 jam, ditanggalkan, kemudian ditampal lagi. Sebanyak 12 tampalan telah digunakan selama 4 minggu berturut-turut. Tiga kawasan telah dinilai dengan membandingkan kawalan negatif (air tanpa mineral), produk ujian (Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®) dan kawalan positif (alkohol lanolin, produk komedogenik yang diketahui). Tindak balas kulit dinilai secara klinikal di bawah pengawasan pakar dermatologi 15 minit selepas setiap tampalan ditanggalkan untuk membandingkan kehadiran bebintik hitam sebelum dan selepas setiap penggunaan produk.

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® didapati tidak komedogenik. Kawasan yang disapu Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kawasan kawalan negatif. Kawalan positif telah menyebabkan jerawat tumbuh.

KAJIAN PENYERAPAN

Pusat percubaan

Institut Penyelidikan Dermatologi Gunaan proDERM, Hamburg, Jerman.

Kajian 1: Penilai terlatih

Objektif

Untuk menilai kadar penyerapan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® selepas sapuan seragam dan dengan mengurutnya agar meresap.

Sampel

Peserta: 22 penilai terlatih; 21 perempuan dan 1 lelaki. Tapak ujian: produk ujian disapu pada lengan volar semua penilai. Umur peserta: 18–70 tahun.

Metodologi

Kajian dwibuta, rawak dan terkawal. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dan minyak rujukan disapu pada kawasan ujian yang ditentukan pada lengan volar penilai. Penilai melakukan pergerakan kitar 100 kali pada kelajuan yang ditetapkan. Kemudian, penilai menilai kadar penyerapan produk pada skala 5-mata daripada 'sangat perlahan menyerap' kepada 'sangat cepat menyerap'. Ukuran sebumeter, untuk menilai jumlah minyak pada kulit, diambil pada dua titik masa - sebelum produk disapu dan dua minit selepas produk disapu.

Keputusan

Penyerapan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ke dalam kulit dinilai sebagai 'sangat cepat' atau 'cepat' oleh majoriti (77.3%) penilai terlatih. Ini disahkan melalui pengukuran instrumental dengan bacaan sebumeter pada titik masa kedua yang menunjukkan jumlah Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ditinggalkan pada kulit adalah jauh lebih rendah berbanding dengan minyak rujukan.

Kajian 2: Panel pengguna

Objektif

Untuk menilai kadar penyerapan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® selepas sapuan seragam dan dengan mengurutnya agar meresap.

Sampel

Peserta: 100 peserta; 97 perempuan dan 3 lelaki. Tapak ujian: produk ujian disapukan pada lengan volar semua peserta. Umur peserta: 18–70 tahun.

Metodologi

Kajian dwibuta, rawak dan terkawal. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dan minyak rujukan disapu pada kawasan ujian yang ditentukan pada lengan volar peserta. Peserta mengurut produk ujian masing-masing agar meresap selama satu minit. Kemudian, peserta menilai kadar penyerapan produk pada skala 5-mata daripada 'sangat perlahan menyerap' kepada 'sangat cepat menyerap'.

Keputusan

Penyerapan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ke dalam kulit dinilai sebagai 'sangat cepat' atau 'cepat' oleh majoriti (72%) peserta.

KAJIAN OKLUSIF

Pusat percubaan

Percubaan yang dijalankan oleh Prof. Dr. J Wiechers di Makmal Rigano, Milan, Itali.

Objektif

Untuk menilai jika Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan tahap oklusif yang sama dengan verniks kaseosa. Verniks kaseosa diterima secara meluas oleh ahli sains kosmetik sebagai 'standard emas' dalam pelembapan kulit kerana tahap oklusifnya yang ideal.

Metodologi

Satu bikar dengan kuantiti air tertentu ditutup dengan membran separuh telap bernama Vitro-Skin, yang menyerupai sifat permukaan kulit manusia. Kuantiti verniks kaseosa dan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® yang sama disapu pada membran dan kadar kehilangan air daripada bikar diukur dari semasa ke semasa. Perbandingan kadar kehilangan air telah dibuat dengan bikar kawalan yang tidak membubuh sebarang minyak pada membran. Kadar pemindahan wap air untuk setiap produk telah diukur dan dinyatakan dalam g/m²/h.

Keputusan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan tahap oklusif yang hampir sama dengan verniks kaseosa, mencatatkan 23.5 berbanding 27.2 untuk verniks kaseosa.

PENGGUNAAN

Cara penggunaan

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® hendaklah diurut dalam gerakan membulat pada muka atau badan sehingga diserap sepenuhnya. Produk disyorkan untuk disapu dua kali sehari, selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® tidak seharusnya disapu pada luka atau kulit pecah. Tujuannya adalah untuk kegunaan kosmetik secara topikal sahaja. Minyak ini selamat digunakan pada parut sebaik sahaja kulit pada permukaannya telah sembuh sepenuhnya. Hasil masing-masing adalah berbeza. Elakkan daripada terkena mata. Jika produk masuk ke dalam mata, bilas dengan air. Jauhkan daripada kanak-kanak.

Tempoh penggunaan

Pelbagai percubaan klinikal Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu dan 12 minggu, membolehkan prestasi produk dinilai dari semasa ke semasa. Analisis statistik menunjukkan peningkatan ketara dalam penampilan kulit selepas seawal dua minggu dan peningkatan ini dikekalkan atau meningkat sepanjang tempoh percubaan. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® boleh digunakan secara berterusan.

Penggunaan bersama dengan rutin penjagaan kulit

Untuk penyerapan maksimum, Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® hendaklah disapu pada kulit yang telah dibersihkan. Mencampurkan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dengan produk lain untuk 'menjadikannya lebih mujarab' boleh menjejaskan keberkesanannya. Jika menggunakan pelembap, losyen pelindung matahari atau krim lain, gunakan produk tersebut selepas Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Untuk kegunaan seluruh badan, sapukan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® selepas mandi atau berendam.

Penggunaan semasa kehamilan

Tanda regangan kehamilan boleh muncul pada mana-mana bahagian badan, tetapi berkemungkinan besar muncul pada perut, paha, pinggul, pinggang punggung dan payudara. Untuk membantu pengguna mencegah pembentukan tanda regangan kehamilan, mereka disarankan untuk menyapu Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® pada kawasan ini dua kali sehari, dari permulaan trimester pertama sehingga selepas kelahiran. Dengan menyapu Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® secara kerap dapat memberikan kelegaan serta-merta kepada kulit yang gatal dan kering, yang sering dikaitkan dengan pruritis gravidarum - keinginan untuk menggaru. Minyak ini juga boleh digunakan untuk rona kulit tidak sekata yang disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan.

Vitamin A dan kehamilan

Wanita hamil lazimnya disyorkan untuk mengehadkan suplemen pemakanan vitamin A. Mereka berkemungkinan akan bimbang tentang penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin A. Sebarang bahan yang digunakan pada kulit hanya berbahaya jika berada pada tahap melebihi ambang toksikologinya. Oleh sebab kulit menjadi halangan utama kepada penembusan, hanya sebahagian kecil daripada vitamin A yang digunakan secara topikal menembusi badan. Jawatankuasa Saintifik Suruhanjaya Eropah mengenai Keselamatan Pengguna (SCCS) telah menilai vitamin A dan esternya, apabila digunakan sebagai bahan kosmetik. Pendapat SCCS ialah penggunaan vitamin A dalam losyen badan, dengan kepekatan maksimum 0.05% bersamaan retinol, adalah selamat. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mengandungi vitamin A dalam rumusannya yang berada di bawah kepekatan maksimum yang dibenarkan untuk losyen badan dan boleh digunakan dengan selamat sepanjang kehamilan. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dengan kandungan Vitamin A yang amat sedikit, dapat membekalkan wanita hamil dengan manfaat vitamin A tanpa sebarang risiko keselamatan.

Minyak rosemary dan kehamilan

Minyak rosemary dalam kepekatan tinggi didapati berfungsi sebagai emenagog atau agen perangsang haid, kerana mampu mencetuskan haid dan berpotensi mendorong kelahiran awal. Itulah sebabnya ahli aromaterapi dan pakar herba yang menggunakan minyak rosemary dalam kepekatan tinggi, mengesyorkan agar tidak menggunakannya semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kepekatan minyak rosemary dalam Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® adalah sangat rendah, maka minyak ini selamat digunakan semasa kehamilan.

Penggunaan semasa menyusu

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® selamat digunakan pada badan semasa menyusu, tetapi elakkan penggunaannya pada puting. Walaupun tiada kesan berbahaya yang mungkin berlaku, bayi sangat sensitif dan tidak seharusnya tertelan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil.

Penggunaan pada bayi dan kanak-kanak

Keselamatan menggunakan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® pada kanak-kanak bawah umur tiga tahun belum dinilai. Pada beberapa tahun pertama selepas kelahiran, banyak perubahan berlaku dalam tubuh manusia, termasuk perkembangan sistem imun. Oleh itu, penggunaan losyen hanya disyorkan pada kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas. Penggunaan minyak ini pada kanak-kanak hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan jangan disapukan berdekatan mata atau mulut.

Penggunaan di bawah sinaran matahari

Ujian yang dijalankan pada Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® menunjukkan bahawa produk tidak menambahkan atau memburukkan lagi selaran matahari. Oleh itu, produk ini selamat untuk digunakan di bawah sinar matahari. Walau bagaimanapun, produk ini tidak menawarkan perlindungan terhadap kesan berbahaya sinaran UVA dan UVB matahari. Oleh itu, penting untuk menggunakan produk tersebut bersama-sama dengan tabir suria spektrum luas dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 30.

Penggunaan pada atau berdekatan selaput mukosa

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® telah diklasifikasikan sebagai selamat untuk semua kegunaan, kecuali apabila bersentuhan dengan selaput mukosa.

Penggunaan yang ada kaitan dengan radioterapi atau kemoterapi

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ialah produk kosmetik. Orang yang menjalani radioterapi atau rawatan kemoterapi disyorkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan produk.

Penggunaan dengan produk farmaseutikal

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ialah produk kosmetik. Untuk nasihat mengenai penggunaan produk serentak dengan produk farmaseutikal, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pengamal perubatan.

Penggunaan pada kulit sensitif

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® boleh digunakan pada kulit sensitif. Dalam kajian kerengsaan kulit yang dijalankan pada 25 peserta berumur 18–65 tahun dengan kulit sensitif, tiada peserta mengalami sebarang kesan mudarat terhadap rumusan.

Penggunaan pada kulit berminyak

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® boleh digunakan pada kulit berminyak. Dalam percubaan yang dijalankan pada 20 peserta berumur 18–65 tahun dengan kulit mudah berjerawat, Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® didapati tidak komedogenik.

Penggunaan pada kulit mudah berjerawat

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® boleh digunakan pada kulit yang mudah berjerawat. Dalam percubaan yang dijalankan pada 20 peserta berumur 18–65 tahun dengan kulit mudah berjerawat, Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® didapati tidak komedogenik. Dalam kajian parut jerawat yang dijalankan pada 44 peserta berumur 14–30 tahun dengan parut jerawat yang baru terbentuk pada muka; bilangan jerawat dan hasil pengukuran sebum menunjukkan bahawa penggunaan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® tidak menyebabkan atau menggalakkan pertumbuhan jerawat atau meningkatkan perembesan sebum. Pengguna yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan sebelum menggunakan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®.

PEMBENTUKAN PARUT

Parut ialah pertumbuhan kolagen yang terbentuk sebagai bahagian semula jadi dalam proses penyembuhan selepas kecederaan pada kulit. Kolagen terdiri daripada protein semula jadi yang membentuk komponen utama tisu penghubung badan. Apabila kulit tercedera, badan bertindak secepat mungkin untuk membaiki kawasan yang terjejas, dengan memfokuskan kelangsungan hidup dan bukannya penyembuhan yang sempurna. Pengeluaran kolagen yang berlebihan dan terlalu cepat sebagai tindak balas kepada kecederaan itu yang membentuk parut. Walaupun parut akan melalui pelbagai perubahan menuju kematangan, parut tidak akan mencapai kekuatan normal kulit di sekelilingnya. Folikel rambut dan kelenjar peluh di kawasan parut tidak akan tumbuh semula. Fasa pembentukan parut terbahagi kepada empat peringkat:

Fasa hemostatis

Ini bermula serta-merta selepas kecederaan berlaku dan berlangsung selama beberapa jam, kerana kawasan yang cedera cuba memulihkan keadaan normalnya dengan menyempitkan saluran darah untuk mengawal pendarahan. Sel-sel yang cedera secara serentak melepaskan protein tertentu untuk mengaktifkan pembekuan, dan dengan itu menutup saluran yang rosak dan mengurangkan kehilangan darah.

Fasa keradangan

Kemerahan dan bengkak yang muncul tiga atau empat hari selepas trauma awal ialah penunjuk yang boleh dilihat bagi tindak balas imun. Sel darah putih mengeluarkan bahan kimia yang membersihkan luka daripada serpihan dan bakteria.

Fasa proliferatif

Ini bermula sekitar hari ketiga dan berterusan selama kira-kira tiga minggu. Tiga proses berlaku serentak dalam fasa ini untuk menutup dan mengikat luka: Granulasi: fibroblas (sel yang bertanggungjawab untuk mensintesiskan kolagen) berproliferat secara berlebihan di kawasan luka untuk membentuk kolagen dengan cepat bagi menutup luka. Epitelialisasi: lapisan kulit dicipta untuk menutup luka. Penguncupan luka: luka diikat dalam usaha untuk meminimumkan kecacatan.

Fasa pematangan

Fasa 'pembentukan semula' ini bermula selepas kira-kira tiga minggu dan boleh berterusan sehingga dua tahun bergantung pada saiz dan kedalaman luka. Sepanjang tempoh ini, kolagen terus terbina apabila gentian disusun semula mengikut tekanan pada kawasan kecederaan, yang menentukan sifat akhir parut. Walaupun parut menutup dan melindungi kawasan luka, parut mudah terganggu. Tisu parut secara amnya mempamerkan 70% daripada kekuatan ketegangan kulit biasa.

JENIS-JENIS PARUT

Disebabkan cara kesembuhan setiap individu berbeza, penampilan akhir parut akan berbeza-beza bagi setiap orang. Faktor seperti jenis kulit, lokasi parut, jenis kecederaan, umur seseorang dan juga status pemakanan akan memainkan peranan untuk menentukan rupa parut. Jenis parut boleh dibahagikan kepada kategori yang berikut:

Parut biasa

Parut ini kelihatan meradang dan gelap pada mulanya tetapi menjadi lebih rata dan kurang ketara selepas beberapa lama sehingga hanya kelihatan satu garis halus parut.

Parut atropik

Parut ini menyebabkan lekukan atau lekukan di bawah permukaan kulit. Contohnya parut akibat jerawat atau cacar air.

Parut hipertropik

Parut ini timbul pada permukaan kulit. Parut ini dicirikan oleh jumlah kolagen yang berlebihan, tetapi sentiasa kekal dalam sempadan luka asal.

Parut keloid

Keloid seharusnya tidak dikelirukan dengan parut hipertrofik. Walaupun keloid juga menimbulkan parut, ciri keloid ialah dengan merebak di luar sempadan luka asal. Keloid boleh terus membesar dengan peredaran masa dan lazimnya terjadi selepas pemotongan (eksisi).

Kontraktur parut

Parut kontraktur berlaku apabila kulit menegang secara kekal. Kontraktur terjadi apabila parut bersilang sendi, atau kulit berkedut, pada sudut tepat. Tisu parut bersifat tahan regangan dan boleh menghalang pergerakan normal. Kontraktur parut sering berlaku selepas kecederaan terbakar.

Tanda regangan (Stria)

Tanda regangan berlaku semasa perubahan berat badan yang cepat (misalnya, pertumbuhan remaja, kehamilan) apabila badan mengembang lebih cepat daripada kulit yang menutupinya, menyebabkan berlakunya koyakan dalaman pada tisu kulit. Apabila koyakan ini pulih sendiri, parut terbentuk dan ini dikenali sebagai tanda regangan.

PEMBENTUKAN TANDA REGANGAN

Dalam istilah perubatan, tanda regangan atau stria hanyalah satu lagi bentuk parut. Walau bagaimanapun, tanggapan orang membezakannya dengan parut. Stria ialah garis-garis pada kulit yang berkembang dalam tempoh pengembangan pesat kulit, contohnya pada wanita hamil, pembina badan, dan remaja semasa lonjakan pertumbuhan mereka. Tanda regangan disebabkan sepertimana namanya, iaitu meregang. Orang yang berkulit cerah cenderung mengalami tanda regangan berwarna merah jambu, manakala orang yang berkulit gelap cenderung mempunyai tanda regangan berwarna lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya. Kulit secara semula jadinya anjal. Keanjalan ini disebabkan oleh kolagen dan elastin dalam dermis, yang mendasari tisu kulit. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein semula jadi dan merupakan komponen utama tisu penghubung badan. Elastin, yang juga terdiri daripada protein semula jadi, terdapat dalam tisu penghubung dan bersifat kenyal. Tisu penghubung ini membolehkan dermis menyesuaikan diri dengan pergerakan berterusan badan secara mengembang dan mengecut, tetapi semasa tempoh kenaikan berat badan yang cepat, tisu ini mungkin tidak sempat untuk menyesuaikan diri, menyebabkan koyakan dalaman pada tisu kulit. Apabila koyakan ini pulih sendiri, parut terbentuk dan ini dikenali sebagai tanda regangan. Analogi yang berguna ialah pegas yang diregangkan. Jika anda meregangkan pegas pada kepanjangan tertentu, yang dikenali sebagai had keanjalan semula jadi, pegas akan mengecut ke saiz asalnya berulang kali. Walau bagaimanapun, jika anda meregangkan pegas keterlaluan melebihi had keanjalan semula jadinya, pegas akan teregang kekal dan tidak akan kembali ke saiz asalnya. Walaupun tanda regangan bukan suatu masalah perubatan utama, mereka yang mengalaminya akan berdepan tekanan emosi. Tanda regangan terbentuk berbeza-beza mengikut jenis kulit, umur, keturunan, diet dan penghidratan kulit. Fasa pembentukan tanda regangan adalah seperti yang berikut:

Peringkat pertama

Tanda regangan awal kelihatan pucat dan mungkin juga gatal. Kulit di sekitar tanda regangan juga mungkin kelihatan 'rata' dan 'nipis'.

Peringkat kedua

Tanda regangan akan beransur-ansur memanjang dan melebar lalu menjadi lebih gelap dan lebih jelas.

Peringkat ketiga

Apabila tanda regangan matang dan apabila kulit tidak lagi tegang, parut ini akan mula pudar dan menjadi lebih pucat. Bentuknya juga mungkin kelihatan sedikit tertekan dan tidak teratur dari segi bentuk atau kepanjangannya.

PEMBENTUKAN TANDA REGANGAN KEHAMILAN

Dianggarkan antara 50% hingga 90% wanita hamil terdedah kepada tanda regangan. Tanda regangan boleh terbentuk pada perut, paha, pinggul, pinggang, punggung dan payudara – kawasan kulit paling kuat meregang semasa badan berubah sepanjang kehamilan. Walaupun tanda regangan boleh muncul di mana-mana bahagian badan, berkemungkinan besar tanda regangan akan muncul di tempat terdapat sejumlah besar lemak yang tersimpan. Walaupun tanda regangan biasanya mula kelihatan semasa trimester hujung kehamilan (sekitar bulan keenam atau ketujuh), sesetengah wanita mula melihat tanda regangan terbentuk pada trimester pertama. Tanda regangan kehamilan juga boleh terjadi akibat penyebuan kulit untuk bersalin kerana peningkatan tahap hormon. Hormon ini menarik lebih banyak air ke dalam kulit, yang melegakan ikatan antara serat kolagen. Ini menyebabkan kulit lebih mudah terkoyak apabila diregangkan dan tanda regangan terbentuk. Kemungkinan terbentuknya tanda regangan bergantung pada jenis kulit, keturunan, usia, diet dan sama ada kulit kering atau lembap.

PENILAIAN KESELAMATAN

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® telah menjalani penilaian keselamatan yang dilakukan oleh ahli toksikologi bertauliah dan telah diklasifikasikan sebagai selamat untuk digunakan oleh orang dewasa, termasuk wanita hamil dan menyusu, dan kanak-kanak berumur lebih tiga tahun.

KESAN MUDARAT

Walaupun Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mempunyai profil toksikologi yang selamat dan memenuhi peraturan antarabangsa dalam hal ini, seperti juga semua produk kosmetik, terdapat risiko pengguna Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mungkin mengalami kesan mudarat apabila menggunakan produk. Jika kesan mudarat berlaku, penggunaan produk harus dihentikan serta-merta. Gejala tindak balas kulit yang buruk boleh termasuk ruam, bengkak dan keradangan, yang biasanya berlaku di kawasan yang disapu produk. Tindak balas ini mungkin disertai dengan kegatalan dan sedikit ketidakselesaan. Dalam kebanyakan kes, kesan mudarat akan reda dalam masa dua hingga tiga hari selepas penggunaan produk telah dihentikan. Sehingga keadaan kulit kembali kepada asal, kulit mungkin kelihatan kering dan menggelupas apabila tindak balas berkurangan. Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai tindak balas alahan yang berpotensi terhadap penggunaan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®, lakukan ujian alahan yang mudah ini. Ini dilakukan dengan menyapu sedikit gel pada bahagian bawah lengan dan menunggu selama 24 jam untuk melihat jika berlakunya sebarang tindak balas. Kulit menjadi kemerah-merahan yang ketara (eritema) atau sedikit bengkak pada kulit (edema) mungkin menunjukkan potensi tindak balas alahan.

ALERGEN

Seperti kebanyakan alergen, ini terdapat dalam minyak tumbuhan dan pewangi. Yang terdiri daripada: Alpha-Isomethyl Ionone, Amyl Cinnamal, Benzyl Salicylate, Citronellol, Coumarin, Eugenol, Farnesol, Geraniol, Hydroxycitronellal, Limonene, dan Linalool.

TERTELAN

Sekiranya tertelan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®, kemungkinan berlakunya sebarang kesan mudarat adalah tipis kecuali mungkin hanya mengalami rasa mual dan cirit-birit kerana Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® bukan toksik. Walau bagaimanapun, pengguna disyorkan untuk mendapatkan nasihat perubatan, terutamanya dalam kes tertelan yang melibatkan bayi atau kanak-kanak.

TEMPOH SELEPAS DIBUKA (PAO)

PAO Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ialah 36 bulan. Ini ialah tempoh selepas pembukaan produk yang selamat dan boleh digunakan tanpa sebarang bahaya kepada pengguna.

PEMBUATAN

Pembuatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) ISO 22716:2007 untuk produk kosmetik. Semua bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® disertakan dengan Sijil Analisis (COA), dan semua bahan pembungkusan disertakan dengan Sijil Pematuhan (COC). Tiada bahan mentah atau bahan pembungkusan dilepaskan untuk pengeluaran sehingga ujian kawalan kualiti telah diluluskan. Setiap kelompok campuran Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® diperuntukkan nombor kelompok yang unik. Sampel daripada kelompok diuji oleh makmal untuk rupa, kejelasan, bau, pengecaman melalui spektrofotometri, ketumpatan, kelikatan dan mikrobiologi. Sampel disimpan selama enam tahun. Pengisian dan pembungkusan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dilakukan di kemudahan dengan suhu dan kelembapan terkawal. Udara akan melalui sistem penapisan udara zarah kecekapan tinggi (HEPA) untuk mengelakkan pencemaran habuk. Pekerja yang bekerja di barisan pengeluaran memakai topi, topeng muka, pelindung muka, sarung tangan, kot dan penutup kasut. Sampel dikeluarkan daripada barisan pengeluaran pada selang masa yang tetap dan diperiksa oleh jabatan Kawalan Kualiti sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kecacatan yang luar biasa. Nombor kelompok dicetak pada botol, karton dan penghantar, dan sampel pengekalan daripada setiap kumpulan yang dikilang disimpan selama enam tahun.

ARAHAN PENYIMPANAN

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, jauh daripada pancaran matahari.

KITAR SEMULA

Semua pembungkusan Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® (botol, penyumbat, penutup dan karton) boleh dikitar semula.

PENSIJILAN

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® disahkan Halal dan Kosher.

TIDAK DIUJI PADA HAIWAN

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® dan unsur bahan mentahnya dibuat dengan mematuhi peraturan EU berkaitan ujian haiwan untuk tujuan kosmetik. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil®, mahupun mana-mana ramuannya, tidak diuji pada haiwan sama ada oleh Bio‑Oil atau mana-mana pembekal bahan mentahnya.

VEGAN

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® tidak mengandungi sebarang bahan yang berasal daripada haiwan.

PERUBAHAN PENAMPILAN

Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mengandungi ekstrak tumbuhan kalendula, kamomil, lavender dan rosemary serta minyak pati, di samping vitamin A dalam bentuk minyak rosehip, yang kesemuanya sensitif terhadap cahaya. Jika terdedah kepada cahaya matahari, produk boleh mengalami perubahan warna selepas beberapa lama. Walau bagaimanapun, keberkesanan produk tidak terjejas. Sebagai langkah berjaga-jaga, botol Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® mengandungi penyerap UV. Walau bagaimanapun, produk harus disimpan di tempat yang tidak terkena pancaran matahari.

PEMBUNGKUSAN

Imej produk Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil