JENAMA

Bio‑Oil®


NAMA PRODUK DAN SAIZ

Body Lotion 175 ml
Body Lotion 250 ml


PETUNJUK

Meningkatkan kelembapan kulit dengan ketara.


PERSEMBAHAN

Cecair putih.


RUMUSAN

Losen dengan 42% bahan oklusif dan 14% humektan.


KANDUNGAN

Aqua, Dimethicone, Isopropyl Palmitate, Ethylhexyl Cocoate, Isododecane, Isopropyl Myristate, Urea, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Glycerin, Pentylene Glycol, Dicaprylyl Carbonate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Sodium Lactate, Dipentaerythrityl Hexacaprylate / Hexacaprate, Gluconolactone, Rosa Canina Fruit Oil, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Calendula Officinalis Extract, Butyrospermum Parkii Oil, Helianthus Annuus Seed Oil, Glycine Soja Oil, Isostearyl Isostearate, Bisabolol, Octyldodecyl PCA, Retinyl Palmitate, Tocopheryl Acetate, Linoleic Acid, Linolenic Acid, Tocopherol, Sodium PCA, Sodium Hyaluronate, Lactic Acid, Stearalkonium Hectorite, Propylene Carbonate.


PENILAIAN KESELAMATAN

Bio‑Oil® Body Lotion telah menjalani penilaian keselamatan oleh ahli toksikologi bertauliah dan telah diklasifikasikan sebagai selamat untuk digunakan oleh orang dewasa, termasuk wanita hamil dan menyusu, dan kanak-kanak berumur lebih tiga tahun.


PERCUBAAN KLINIKAL KULIT KERING

Pusat percubaan Complife Italia Srl, Itali. Objektif Penilaian klinikal untuk menguji keberkesanan Bio‑Oil® Body Lotion untuk meningkatkan kelembapan kulit. Sampel Subjek: 30 peserta wanita sihat dengan jenis kulit skala Fitzpatrick II-V dan secara klinikal menunjukkan kulit kering/sangat kering pada bahagian bawah kaki. Kawasan ujian: produk ujian disapukan pada kaki di bahagian bawah semua subjek. Umur peserta: 25–65 tahun. Metodologi Kajian rawak bagi anggota badan, penilai bebas, dan instrumen klinikal terkawal. Para peserta membasuh kaki mereka dengan sabun untuk menggalakkan kulit kering selama 7 hari.Penguna Penilaian klinikal dan instrumental asas telah diambil. Bio‑Oil® Body Lotion disapu dua kali sehari selama 28 hari pada sisi kaki bahagian bawah yang ditetapkan, sementara kaki sebelah lagi dibiarkan tidak dirawat. Penilaian klinikal dan penilaian instrumental telah dijalankan pada hari pertama, ketiga, keenam, kelapan, kesepuluh, ke-14, ke-21 dan ke-28. Kawasan tak dirawat tersebut juga dinilai pada setiap titik masa itu. Subjek telah digredkan secara klinikal untuk kekeringan (pada skala dari 0-5) oleh penilai visual terlatih. Pengukuran kuantitatif hidrasi kulit dilakukan dengan menggunakan Corneometer. Pengukuran kuantitatif kehilangan air transepidermal (TEWL) sebagai penunjuk fungsi penghalang, dilakukan dengan menggunakan Tewameter. Selain itu, soal selidik penilaian kendiri telah dilengkapkan pada hari kelapan dan ke-14. Hasil Berbanding kawasan tak dirawat, kawasan yang dirawat dengan Bio‑Oil® Body Lotion menunjukkan penambahbaikan yang ketara dari segi statistik dalam penggredan klinikal kekeringan, pengukuran Tewameter dan Corneometer, seawal hari pertama, dan pada semua titik masa. Bagi penggredan kekeringan dari segi klinikal, peningkatan yang ketara dari segi statistik dapat dilihat dalam 96.7% daripada peserta dari hari ke-14, sekali ganda peningkatan yang dilihat pada hari pertama. Selepas penggunaan selama 28 hari, 100% peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam kelembapan kulit, dengan tahap peningkatan hampir 4 kali berbanding pada hari pertama. Begitu juga, selepas 28 hari penggunaan 100% peserta menunjukkan penurunan ketara dalam TEWL, dengan tahap peningkatan lebih daripada sekali ganda pada hari pertama. Dapatan ini disokong oleh hasil soal selidik penilaian kendiri.


PERCUBAAN PENGGUNA KULIT KERING

Pusat percubaan Ayton Global Research, United Kingdom. Objektif Untuk menilai prestasi Bio‑Oil® Body Lotion sebagai pelembap badan. Sampel Subjek: 119 peserta wanita yang sihat tubuh badan. Umur peserta: 25–65 tahun. Metodologi Percubaan pengguna di rumah, tawaran tunggal untuk dua minggu. Peserta diarahkan untuk menggunakan produk dua kali sehari, pagi dan petang. Urut ke dalam kulit sehingga diserap sepenuhnya. Tiga soal selidik pendek telah dilengkapkan: yang pertama selepas penggunaan awal, yang kedua selepas 12 jam, dan yang ketiga selepas 2 minggu menggunakan produk. Hasil Penggunaan: 95% peserta bersetuju bahawa ''produk itu lebih ringan daripada mana-mana pelembap yang pernah digunakan sebelum ini''. 93% peserta bersetuju bahawa ''produk merata dengan lebih mudah daripada mana-mana pelembap yang pernah digunakan sebelum ini''. Penyerapan: 82% peserta bersetuju bahawa ''produk menyerap lebih mudah daripada mana-mana pelembap yang pernah digunakan sebelum ini''. 75% peserta bersetuju bahawa ''produk menyerap lebih cepat daripada mana-mana pelembap yang mereka gunakan sebelum ini''. 74% peserta bersetuju bahawa ''produk tidak meninggalkan kesan berminyak selepas digunakan''. 86% peserta bersetuju bahawa ''selepas menggunakan produk mereka boleh berpakaian serta-merta''. Penghidratan: 93% peserta bersetuju bahawa ''produk membuat kulit berasa lembap serta-merta''. 92% daripada peserta bersetuju bahawa ''selepas menggunakan produk kulit mereka berasa halus dan lembut''. 90% peserta bersetuju bahawa ''kulit mereka berasa lembap sepanjang hari'' dan 91% bersetuju bahawa ''kulit mereka berasa halus dan selembut sutera sepanjang hari''. 92% peserta bersetuju bahawa ''kulit mereka kelihatan lebih baik berbanding pada permulaan tempoh 2 minggu tersebut''. Kesimpulannya: 73% peserta bersetuju bahawa ''produk itu lebih baik daripada mana-mana pelembap yang pernah digunakan sebelum ini''.


UJIAN KULIT SENSITIF

Pusat percubaan Complife Italia Srl, Itali. Objektif Untuk menilai potensi Bio‑Oil® Body Lotion menyebabkan kerengsaan kulit. Sampel Subjek: 25 peserta; 3 lelaki dan 22 perempuan, semuanya mempunyai kulit sensitif mengikut ujian kepedihan asid laktik. Umur peserta: 18–70 tahun. Metodologi Kajian terkawal. Dua kawasan telah dinilai: kawasan yang menggunakan kawalan negatif (air tanpa mineral) dan kawasan yang disapu Bio‑Oil® Body Lotion. Produk ujian disapu pada bahagian belakang peserta, menyentuh permukaan kulit, selama 48 jam dengan menggunakan Finn Chamber®. Tindak balas kulit dinilai di bawah pengawasan pakar dermatologi, untuk menilai kerengsaan kulit primer selepas 15 minit, 1 jam dan 24 jam selepas tampalan ditanggalkan. Tindak balas kulit dinilai pada skala dari 0–4 (dengan 0 tiada eritema, edema, atau jenis kerengsaan kulit yang lain, dan 4 ialah eritema dan edema yang serius, menunjukkan timbulnya warna merah gelap dan bengkak berpanjangan di luar kawasan penggunaan). Hasil Penerimaan kulit terhadap Bio‑Oil® Body Lotion disimpulkan sebagai ''tidak merengsakan''.


UJIAN TIDAK KOMEDOGENIK

Pusat percubaan Complife Italia Srl, Itali. Objektif Untuk menilai potensi komedogenik Bio‑Oil® Body Lotion. Sampel Subjek: 20 peserta; 14 wanita dan 6 lelaki daripada pelbagai keturunan etnik, 50% dengan kulit mudah berjerawat. Umur peserta: 18–65 tahun. Metodologi Kajian terkawal. Produk telah disapu pada cakera kertas penapis ke bahagian belakang bahagian atas peserta. Tampalan dibiarkan selama 48 hingga 72 jam, ditanggalkan, kemudian ditampal lagi. Sebanyak 12 tampalan telah digunakan selama 4 minggu berturut-turut. Tiga kawasan dinilai dengan membandingkan kawalan negatif (air tanpa mineral), produk ujian (Bio‑Oil® Body Lotion) dan kawalan positif (alkohol lanolin, produk komedogenik berjenama). Tindak balas kulit dinilai secara klinikal di bawah pengawasan pakar dermatologi 15 minit selepas setiap tampalan ditanggalkan untuk membandingkan kehadiran bebintik hitam sebelum dan selepas setiap penggunaan produk. Hasil Bio‑Oil® Body Lotion didapati tidak komedogenik. Kawasan yang disapu Bio‑Oil® Body Lotion menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dengan kawasan kawalan negatif. Kawalan positif telah menyebabkan jerawat tumbuh.


KAJIAN KELIKATAN

Pusat percubaan Union Swiss, Afrika Selatan. Objektif Kajian dalaman untuk menilai kelikatan dinamik Bio‑Oil® Body Lotion berbanding produk pelembap yang serupa. Sampel Perbandingan Bio‑Oil® Body Lotion dengan 13 produk pelembap yang dikeluarkan oleh 10 jenama global dengan sejarah produk pelembapan yang mantap. Metodologi Kelikatan dinamik dibaca menggunakan reometer QC Anton Paar RheoLab, menggunakan gelendong CC 39, kelajuan: 200 rpm pada 20˚C, kadar ricih: 155. Hasil Bio‑Oil® Body Lotion didapati mempunyai kelikatan dinamik 7.5 kali lebih rendah daripada purata produk pesaing (94 mPa.s berbanding 707 mPa.s masing-masing), menunjukkan cecair yang lebih cair dan lebih ringan lebih mudah dan cepat diserap.


PENGGUNAAN

Cara penggunaan Bio‑Oil® Body Lotion hendaklah diurut dalam gerakan membulat pada badan sehingga diserap sepenuhnya. Bio‑Oil® Body Lotion disyorkan untuk digunakan dua kali sehari, pagi dan petang. Bio‑Oil® Body Lotion tidak seharusnya disapu pada luka atau kulit pecah. Tujuannya adalah untuk kegunaan kosmetik secara topikal sahaja. Goncang sebelum guna Bio‑Oil® Body Lotion ialah sejenis emulsi gabungan air dan minyak. Begitu ringan, apabila botol ditegakkan sebahagian minyak naik ke permukaan dan membentuk selapisan nipis minyak. Dengan mengocak produk perlahan-lahan sebelum digunakan, lapisan minyak meresap kembali ke dalam losen. Lapisan minyak boleh terbentuk dalam tiga hari sehingga tiga minggu dan bergantung pada faktor-faktor seperti suhu, kekuatan dan kekerapan botol dikocak. Apabila produk digunakan setiap hari, tindakan menterbalikkan botol semasa mengeluarkan isinya sudah memadai untuk memastikan lapisan minyak itu tidak terbentuk. Jika lapisan minyak terbentuk dan produk dikeluarkan tanpa menggoncangkan botol, campuran minyak yang jernih yang akan keluar. Perkara ini tidak membahayakan pengguna. Tempoh penggunaan Percubaan klinikal Bio‑Oil® Body Lotion telah dijalankan selama empat minggu, membolehkan prestasi produk dinilai dari semasa ke semasa. Analisis statistik menunjukkan peningkatan ketara dalam penampilan kulit selepas seawal 24 jam dan peningkatan ini dikekalkan sepanjang tempoh percubaan. Walau bagaimanapun, Bio‑Oil® Body Lotion boleh digunakan secara berterusan untuk ciri-ciri melembapkan dan menyuburkan kulit, menjadikannya sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian. Penggunaan bersama dengan rutin penjagaan kulit Untuk penyerapan maksimum, Bio‑Oil® Body Lotion hendaklah disapu pada kulit yang telah dibersihkan selepas mandi atau berendam. Jika menggunakan losen pelindung matahari atau krim lain, gunakan produk tersebut selepas Bio‑Oil® Body Lotion diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Penggunaan semasa kehamilan Bio‑Oil® Body Lotion selamat digunakan semasa hamil. Vitamin A dan kehamilan Wanita biasanya disyorkan untuk mengehadkan suplemen pemakanan vitamin A semasa kehamilan. Oleh yang demikian, boleh wujud kebimbangan mengenai penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin A. Sebarang bahan yang digunakan pada kulit hanya berbahaya jika berada pada tahap melebihi ambang toksikologinya. Oleh sebab kulit menjadi halangan utama kepada penembusan, hanya sebahagian kecil daripada vitamin A yang digunakan secara topikal memasuki badan. Jawatankuasa Saintifik Suruhanjaya Eropah mengenai Keselamatan Pengguna (SCCS) telah menilai vitamin A dan esternya, apabila digunakan sebagai bahan kosmetik. Pendapat SCCS ialah penggunaan vitamin A dalam losen badan, dengan kepekatan maksimum 0.05% bersamaan retinol, adalah selamat. Vitamin A yang terdapat dalam rumusan Bio‑Oil® Body Lotion berada pada tahap yang jauh di bawah kepekatan maksimum yang dibenarkan untuk losen badan dan boleh digunakan dengan selamat sepanjang kehamilan. Penggunaan semasa menyusu Bio‑Oil® Body Lotion selamat digunakan pada badan semasa menyusu, elakkan penggunaannya pada puting. Walaupun tiada kesan berbahaya yang mungkin berlaku, bayi sangat sensitif dan tidak seharusnya tertelan Bio‑Oil® Body Lotion, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Penggunaan pada bayi dan kanak-kanak Keselamatan menggunakan Bio‑Oil® Body Lotion pada kanak-kanak bawah umur tiga tahun belum dinilai. Pada beberapa tahun pertama selepas kelahiran, banyak perubahan berlaku dalam tubuh manusia, termasuk perkembangan sistem imun. Oleh itu, penggunaan losen hanya disyorkan pada kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas. Penggunaan di bawah sinaran matahari Ujian yang dijalankan pada Bio‑Oil® Body Lotion menunjukkan bahawa produk tidak menambah atau memburukkan lagi selaran matahari. Oleh itu, produk ini selamat untuk digunakan di bawah sinar matahari. Walau bagaimanapun, produk ini tidak menawarkan perlindungan terhadap kesan berbahaya sinaran UVA dan UVB matahari. Oleh itu, penting untuk menggunakan produk tersebut bersama-sama dengan tabir suria spektrum luas dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 30. Penggunaan pada atau berdekatan selaput mukosa Bio‑Oil® Body Lotion telah diklasifikasikan sebagai selamat untuk semua kegunaan, namun keselamatannya belum diuji untuk bersentuhan dengan selaput mukosa kerana ini bukan penggunaan produk yang dilihat sebagai munasabah. Penggunaan yang ada kaitan dengan radioterapi atau kemoterapi Walaupun Bio‑Oil® Body Lotion tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menyerap sinaran, pengguna yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan produk tersebut. Penggunaan dengan produk farmaseutikal Bio‑Oil® Body Lotion ialah produk kosmetik. Untuk nasihat mengenai penggunaan produk serentak dengan produk farmaseutikal, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pengamal perubatan. Penggunaan pada kulit sensitif Bio‑Oil® Body Lotion boleh digunakan pada kulit sensitif. Dalam kajian kerengsaan kulit yang dijalankan pada 25 peserta berumur 18-70 tahun dengan kulit sensitif, tiada subjek mengalami sebarang kesan mudarat terhadap rumusan. Penggunaan pada kulit berminyak Bio‑Oil® Body Lotion boleh digunakan pada kulit berminyak. Dalam percubaan yang dijalankan pada 20 peserta berumur 18–65 tahun dengan kulit mudah berjerawat, Bio‑Oil® Body Lotion didapati tidak komedogenik. Penggunaan pada kulit mudah berjerawat Bio‑Oil® Body Lotion boleh digunakan pada kulit mudah berjerawat. Dalam percubaan yang dijalankan pada 20 peserta berumur 18–65 dengan kulit mudah berjerawat, Bio‑Oil® Body Lotion didapati tidak komedogenik. Pengguna yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan sebelum menggunakan Bio‑Oil® Body Lotion.


GEJALA DAN PUNCA KULIT KERING

Simptom Gejala kulit kering termasuk kulit kusam dan menggelupas, garis halus, kulit berwarna kelabu atau pucat selain kulit terasa kesat dan tegang. Punca Kulit kering disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran: Iklim kering menyebabkan lembapan diserap dari dalam kulit, melalui dwilapisan lipid dan ke udara luar yang kering. Pendingin hawa dan pemanas menyedut lembapan daripada udara, mewujudkan iklim kering buatan yang kemudiannya menyedut kelembapan daripada kulit. Melakukan cucian dan pendedahan terhadap detergen keras setiap hari menyebabkan dwilapisan lipid kulit lenyap, lantas memudahkan lembapan terbebas daripada kulit. Faktor dalaman: Apabila badan semakin tua, kulit menghasilkan semakin kurang lipid menyebabkan dwilapisan lipid menipis dan memudahkan lembapan keluar. Genetik boleh memainkan peranan dalam perkembangan kulit kering kerana paras seramida yang lebih rendah secara semula jadi dalam dwilapisan lipid. Ini mengakibatkan pengurangan oklusif sawar kulit, menyumbang kepada tahap kehilangan lembapan yang melebihi normal. pH kulit mempengaruhi fungsi penghalang. Tahap pH yang lebih tinggi dalam kulit menjejaskan fungsi sihat dwilapisan lipid.


PEMBUATAN

Pembuatan Bio‑Oil® Body Lotion mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) ISO 22716:2007 untuk produk kosmetik. Semua bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan Bio‑Oil® Body Lotion disertakan dengan Sijil Analisis (COA), dan semua bahan pembungkusan disertakan dengan Sijil Pematuhan (COC). Tiada bahan mentah atau bahan pembungkusan dilepaskan kepada pengeluaran sehingga ujian kawalan kualiti telah diluluskan. Setiap kelompok campuran Bio‑Oil® Body Lotion diperuntukkan nombor kelompok yang unik. Sampel daripada kelompok diuji oleh makmal untuk rupa, kejelasan, bau, pengecaman melalui spektrofotometri, ketumpatan, kelikatan dan mikrobiologi. Sampel disimpan selama empat tahun. Pengisian dan pembungkusan Bio‑Oil® Body Lotion dilakukan di kemudahan dengan suhu dan kelembapan terkawal. Udara akan melalui sistem penapisan udara zarah kecekapan tinggi (HEPA) untuk mengelakkan pencemaran habuk. Pekerja yang bekerja di barisan pengeluaran memakai topi, topeng muka, pelindung muka, sarung tangan, kot dan penutup kasut. Sampel dikeluarkan daripada barisan pengeluaran pada selang masa yang tetap dan diperiksa oleh jabatan Kawalan Kualiti sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kecacatan yang luar biasa. Nombor kelompok dicetak pada botol, karton dan penghantar, dan sampel pengekalan daripada setiap kelompok yang dikilang disimpan selama empat tahun. Tiada pelepasan berbahaya, sisa berbahaya atau air buangan dijana dalam penghasilan Bio‑Oil® Body Lotion.


ARAHAN PENYIMPANAN

Bio‑Oil® Body Lotion hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, jauh daripada pancaran matahari.


KITAR SEMULA

Semua pembungkusan Bio‑Oil® Body Lotion (botol, penutup dan karton) boleh dikitar semula.


TEMPOH SELEPAS DIBUKA (PAO)

PAO Bio‑Oil® Body Lotion ialah 12 bulan. Ini ialah tempoh selepas pembukaan produk yang selamat dan boleh digunakan tanpa sebarang bahaya kepada pengguna.


PENSIJILAN

Bio‑Oil® Body Lotion disahkan Halal dan Kosher.


KESAN MUDARAT

Walaupun Bio‑Oil® Body Lotion mempunyai profil toksikologi yang selamat dan memenuhi peraturan antarabangsa dalam hal ini, seperti juga semua produk kosmetik, terdapat risiko pengguna Bio‑Oil® Body Lotion mungkin mengalami kesan mudarat apabila menggunakan produk. Jika kesan mudarat berlaku, penggunaan produk harus dihentikan serta-merta. Gejala tindak balas kulit yang buruk boleh termasuk ruam, bengkak dan keradangan, yang biasanya berlaku di kawasan yang disapu produk. Tindak balas ini mungkin disertai dengan kegatalan dan sedikit ketidakselesaan. Dalam kebanyakan kes, kesan mudarat akan reda dalam masa dua hingga tiga hari selepas penggunaan produk telah dihentikan. Sehingga keadaan kulit kembali kepada asal, kulit mungkin kelihatan kering dan menggelupas apabila tindak balas berkurangan. Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai tindak balas alahan yang berpotensi terhadap penggunaan Bio‑Oil® Body Lotion, ujian alahan mudah untuk memeriksa perkara ini wajar dilakukan. Ini dilakukan dengan menyapu sedikit Bio‑Oil® Body Lotion pada bahagian bawah lengan dan menunggu selama 24 jam untuk melihat jika berlakunya sebarang tindak balas. Kemerahan kulit yang ketara (eritema) atau sedikit bengkak pada kulit (edema) mungkin menunjukkan potensi tindak balas alahan.


TIDAK DIUJI PADA HAIWAN

Bio‑Oil® Body Lotion dan unsur bahan mentahnya dibuat dengan mematuhi peraturan EU berkaitan ujian haiwan untuk tujuan kosmetik. Bio‑Oil® Body Lotion, mahupun mana-mana ramuannya, tidak diuji pada haiwan sama ada oleh Bio‑Oil atau mana-mana pembekal bahan mentahnya.


VEGAN

Bio‑Oil® Body Lotion tidak mengandungi sebarang bahan yang berasal daripada haiwan.


TERTELAN

Sekiranya tertelan Bio‑Oil® Body Lotion, kemungkinan berlakunya sebarang kesan mudarat adalah tipis kecuali mungkin hanya mengalami rasa mual dan cirit-birit kerana Bio‑Oil® Body Lotion bukan toksik. Walau bagaimanapun, pengguna disyorkan untuk mendapatkan nasihat perubatan, terutamanya dalam kes tertelan yang melibatkan bayi atau kanak-kanak.


PERUBAHAN PENAMPILAN

Bio‑Oil® Body Lotion mengandungi ekstrak kalendula dan minyak pati, serta vitamin A palmitat, yang semuanya sensitif cahaya. Jika terdedah kepada cahaya matahari, produk boleh mengalami perubahan warna selepas beberapa lama. Simpan Bio‑Oil® Body Lotion di tempat yang terlindung daripada pancaran matahari.


TARIKH SEMAKAN TERAKHIR

20 Ogos 2023