Bio‑Oil® / Bi-Oil® / Bioil®

Bio‑Oil menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan pakar, dengan menggunakan minyak untuk memperoleh prestasi produk yang unggul. Jenama ini dikenali sebagai Bio‑Oil® di semua negara kecuali di Austria, Republik Czech, Perancis, Jerman, Slovakia dan Switzerland yang menggunakan nama Bi-Oil® sementara di Jepun, nama Bioil® digunakan.

Perihal

Pada tahun 1987, Bio‑Oil mempelopori penggunaan minyak sebagai bahan untuk membantu proses penambahbaikan pada kesan akibat parut dan tanda regangan. Pada ketika hampir semua produk yang terdapat di pasaran terdiri daripada krim atau losen, penerimaan terhadap produk ini tidaklah memberangsangkan. Hari ini, Bio‑Oil merupakan produk pemulihan parut dan tanda regangan yang terkemuka di dunia. Pada tahun 2010, Bio‑Oil telah menubuhkan makmal pakar yang khusus untuk menjalankan penyelidikan tentang cara minyak dapat digunakan bagi merawat masalah kulit yang lain. Pada tahun 2018, Bio‑Oil melancarkan rumusan berasaskan minyak bagi perawatan kulit kering. Satu versi asli produk pemulihan parut dan tanda regangan akan dilancarkan pada Suku Ketiga tahun 2020. Hampir semua kerja penyelidikan makmal yang dijalankan sepanjang dekad yang lalu akan dilancarkan pada tahun 2021. Bio‑Oil memberikan penekanan yang eksklusif pada penyelidikan dan pembangunan, dengan melesenkan penjualan dan pengedaran produknya kepada syarikat penjagaan kulit terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat tentang produk Bio‑Oil, sila ke farmasi terdekat anda. Bidang liputan penyelidikan Bio‑Oil diperincikan seperti di bawah.

Parut dan tanda regangan

Minyak ialah bahan yang memiliki keupayaan yang hebat untuk meningkatkan kulit. Cara dan sebabnya tidak benar-benar difahami kerana manfaat minyak banyak diketahui daripada budaya setempat. Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ialah salah satu produk pertama yang menggunakan minyak untuk percubaan klinikal dan membuktikan bahawa bahan ini dapat meningkatkan penampilan parut dan tanda regangan. Kejayaan daripada percubaan inilah yang telah menggalakkan para doktor dan ahli farmasi di serata dunia mula mengesyorkan produk tersebut. Kini, Minyak Penjagaan Kulit Bio‑Oil® ialah produk pemulihan parut dan tanda regangan peneraju dunia dan telah menerima lebih 400 anugerah berkaitan penjagaan kulit.

Parut dan tanda regangan (rumusan asli)

Bio‑Oil telah menghasilkan versi asli 100% produk pemulihan parut dan tanda regangannya yang asal. Produk ini memberikan kemujaraban yang sama dalam percubaan klinikal, menjadikannya produk semula jadi pertama yang telah terbukti menyamai prestasi produk ternama dalam kategori sebarisnya. Bio‑Oil® Minyak Penjagaan Kulit (Asli) akan mula melancarkan produknya secara global dalam suku ketiga (Q3) 2020.

Kulit kering

Jika anda menuangkan minyak dan air ke dalam gelas, minyak akan naik ke bahagian atas dan menghalang air daripada terpeluwap. Begitulah juga caranya kulit membendung air, iaitu dengan menghasilkan selapisan minyak limunan pada permukaannya. Cara yang terbaik untuk membantu kulit daripada kehilangan lembapan adalah dengan memberikan bantuan kepada lapisan ini. Produk kulit kering tradisional (krim, losen dan mentega) secara puratanya mengandungi lebih kurang 20% minyak, lilin atau mentega bagi tujuan tadi. Gel Kulit Kering Bio‑Oil® 84%. Sepanjang 18 bulan sejak pelancarannya, Gel Kulit Kering Bio‑Oil® telah memenangi anugerah produk penjagaan kulit tahunan di UK, Perancis, Itali dan Sepanyol.

Pelembap harian

Pelembap harian yang ideal seharusnya menyerap dengan serta-merta dan tidak meninggalkan kesan berminyak, lantas memudahkan kita untuk terus berpakaian. Secara asasnya, hal ini amat sukar dilakukan kerana pelembapan perlu meninggalkan selapisan minyak pada kulit untuk membantu kulit membendung lembapan itu. Bio‑Oil telah menghasilkan krim pelembap, dengan kandungan minyak yang tinggi tetapi tidak meninggalkan sisa berminyak, yang bertindak bagaikan lapisan limunan bak sutera pada kulit. Bio‑Oil® Pelembap Aktif (Kandungan Minyak Tinggi) kini dalam peringkat akhir pengujian produk dan bakal dilancarkan pada suku pertama (Q1) 2021.

Haruman badan

Haruman ialah bentuk perapian diri pelengkap yang utama. Inilah sentuhan terakhir, paling mudah dilaksanakan tetapi paling meninggalkan kesan. Bio‑Oil mengambil pati minyak bunga Mawar, Neroli dan Melur, dan menawarkannya dalam bentuk semburan badan sebagai sentuhan akhir perapian badan. Sebelum ini, penyelidikan Bio‑Oil lebih memfokuskan cara menggunakan minyak untuk menyelesaikan masalah penjagaan kulit. Kini, buat pertama kalinya, Bio‑Oil meneroka kuasa minyak khusus untuk penambahbaikan. Haruman badan sedang menjalani pengujian produk dan dijangka akan dilancarkan pada Suku Kedua tahun 2021.

Pelindung suria bervitamin

Bio‑Oil telah membangunkan pelindung suria yang diperkaya dengan vitamin untuk membantu penggalakan pertahanan semula jadi kulit semasa terdedah kepada sinar matahari. Multivitamin SPF50 Bio‑Oil® sedang dalam peringkat awal pengujian dan dijangka akan dilancarkan pada Suku Ketiga tahun 2021.

Pembersihan lembut

Sabun dan bahan cuci yang mengandungi bahan yang kasar, merosakkan kulit dan membuatkan kulit sentiasa berusaha untuk pulih. Tidak ramai orang sedar akan kesan semua ini pada keadaan kulit mereka. Oleh itu, pembersihan lembut ialah langkah pertama untuk menambah baik kulit yang telah hilang kesegaran semula jadinya. Bio‑Oil mengeluarkan pembersih ultralembut yang dalam peringkat awal pengujian. Nama produk ini belum lagi ditentukan.

Tamat: Kemas kini terakhir pada 23 Julai 2020





Tapak ini menggunakan kuki seperti yang diterangkan dalam dasar privasi. Jika anda bersetuju dengan penggunaan kuki, sila klik terima.
Terima
Dasar privasi

Kami menggunakan butiran penyemak imbas anda secara automatik bagi membolehkan laman web ini dipaparkan dengan baik. Jika anda menerima penggunaan kuki kami sahaja, barulah beberapa fail data kecil akan disimpan pada peranti anda yang membolehkan kami ingat akan lokasi, tindakan dan pilihan anda supaya kami dapat meningkatkan pengalaman pengguna anda. Selain penggunaan yang dinyatakan di atas, kami tidak akan berkongsi data anda dengan pihak ketiga, melainkan dikehendaki oleh undang-undang.