Mengenai
Minat pasukan penyelidikan Bio-Oil terletak pada penghasilan produk penjagaan kulit generasi baharu. Iaitu penghasilan produk yang jauh lebih baik daripada yang sedia ada sekarang. Pasukan ini tidak berminat untuk memperbaiki teknologi yang sedia ada - rak-rak peruncit telah pun dipenuhi dengan produk yang seakan sama. Satu-satunya cara untuk mengubah ini adalah dengan menolak pemikiran tradisional, bermula daripada awal dan mencari cara yang lebih baik; itulah semangat pasukan ini. Pasukan penyelidikan Bio-Oil diketuai oleh pemiliknya yang bersaudara, Justin dan David Letschert.