| Parut |
|
“Terima kasih kepada produk yang bertindak seperti apa yang dijanjikan!” “…Saya tidak pernah menulis kepada mana-mana syarikat sebelum ini, samada memuji atau membuat aduan ke atas mana-mana produk, namun saya rasa perlu untuk kes ini. Suatu ketika, ayah saya mengalami kemalangan kereta di mana dahinya luka teruk. Ia sembuh dengan sempurna, namun meninggalkan kesan yang sangat ketara. Seorang rakan saya menyarankan Bio-Oil dan keputusannya memang hebat. Sekian lama, parut semakin lembut dan masuk ke dalam kulit – dan sekarang ia kurang kelihatan. Saya begitu kagum tatkala menggunakannya ke atas bintik coklat di muka saya dan selepas dua bulan, tanda itu bukan sahaja pudar malah kulit saya terasa lebih baik. Terima kasih kepada produk yang bertindak seperti apa yang dijanjikan!” “Begitu hebat sekali!” “…Saya berusia 42 tahun dan mempunyai parut jerawat sejak zaman remaja saya. Saya telah menggunakan produk Bio-Oil anda dan begitu gembira untuk memberitahu bahawa saya begitu yakin untuk keluar tanpa mengenakan bedak asas yang tebal sejak pertama kali sepanjang ingatan saya. Begitu hebat sekali!” “Saya benar-benar teruja…” “…Awal tahun ini, saya pergi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan dinasihatkan untuk membuang beberapa tahi lalat. Mereka wujud di situ sejak sekian lama, namun sebagai penunggang basikal yang kerap menghabiskan masa berjam-jam di bawah panas matahari dan saya rasa perlu bersikap selamat daripada maaf. Saya tidak pernah membayangkan bahawa prosedur minor ini akan meninggalkan kesan ketara di bahagian belakang badan, dada dan yang paling teruk sekali, di muka saya. Perlu dinyatakan bahawa saya benar-benar tertekan. Kawan-kawan saya juga terkejut melihat tanda-tanda itu dan seorang daripada mereka menyuruh saya menggunakan Bio-Oil. Saya benar-benar teruja dengan kewujudannya yang semakin kurang menyerlah dan kini, tiada siapa yang boleh memberitahu kedudukan asal tahi lalat tersebut. Lebih menakjubkan apabila selepas menggunakan Bio-Oil beberapa ketika, saya menyedari bahawa tompok coklat di muka saya juga semakin pudar.” “Saya hanya berharap agar saya mendengar mengenai Bio-Oil lebih awal.” “…ketika saya berusia lima belas tahun (saya kini berusia empat puluh tahun), saya mengalami kemalangan yang meninggalkan kesan parut yang sangat hodoh di kaki saya. Bertahun lamanya saya memendam rasa rendah diri dengan kewujudan parut yang kering dan serpihannya serta sering kali cuba untuk menyembunyikannya dengan memakai seluar atau skirt panjang. Kini awak boleh membayangkan betapa gembiranya saya apabila menjumpai Bio-Oil! Saya telah menggunakannya untuk tiga bulan dan keputusannya amat memberansangkan. Parut semakin pudar dan kekeringan turut hilang. Sukar untuk percaya! Saya hanya berharap agar saya mendengar mengenai Bio-Oil lebih awal.” “…Saya rasa terpanggil untuk memberitahu mengenai betapa hebatnya Bio-Oil!" Saya mencubanya dengan separuh hati kerana memikirkan bahawa ia mungkin sama sahaja seperti kebanyakan produk di pasaran, tetapi menghairankan apabila ia sebenarnya melaksanakan apa yang ia kata ia boleh lakukan! Saya mempunyai parut hysterectomy yang berusia tujuh tahun dan selepas menggunakan Bio-Oil, penampilannya tampak menarik. Saya turut menggunakan Bio-Oil di muka dan garis-garis halus mula pudar, dan tona kulit saya semakin sekata. Terima kasih untuk produk hebat anda dan saya berminat untuk terus menggunakannya!” |