| Kandungan |
|
Vitamin A Vitamin A (dilabel sebagai Retinyl Palmitate) membantu meningkatkan keanjalan, tekstur dan tona kulit. Vitamin E Anti-oksida yang paling banyak digunakan di dalam produk penjagaan kulit pada hari ini. Vitamin E meningkatkan kandungan pelembap di dalam epidermis lantas membuatkan kulit lebih lembut, halus dan bermaya. Vitamin E juga membantu meningkat dan mengekalkan kesihatan kulit. Minyak Calendula Calendula Officinalis, sering dirujuk sebagai marigold, telah digunakan sejak berabad lamanya sebagai anti-oksida yang natural dan mempunyai keupayaan untuk melembapkan kulit di samping memberikan manfaat untuk melembut dan menyenangkan jenis kulit yang sensitif. Minyak Lavender Minyak Lavendar memang terkenal mengandungi bahan penjagaan kulit yang sangat berkesan bagi menenang dan menyuburkan kulit. Minyak Rosemary Minyak Rosemary membantu menyegar dan merawat kulit, dan mempunyai keupayaan untuk menenang dan menyuburkan kulit. Minyak Chamomile Minyak Chamomile memberi kesan ketenangan dan keselesaan terutamanya kepada kulit sensitif. Ia juga mampu merawat dan mencantikkan kulit serta membantu mengekalkan kesihatan semula jadi kulit. Minyak PurCellin ™ Minyak PurCellin ™ bertindak sebagai pembawa kepada ramuan-ramuan Bio-Oil yang lain. Ia membantu penggunaan dan penyebaran produk serta memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Senarai bahan kandungan: Paraffinum Liquidum Triisononanoin Cetearyl Ethylhexanoate Isopropyl Myristate Retinyl Palmitate Tocopheryl Acetate Minyak bunya Anthemis Nobilis Minyak Lavandula Angustifolia (Lavender) Minyak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Ekstrak Bunya Calendula Officinalis Minyak Biji Benih Helianthus Annuus (Bunga Matahari) Minyak Glycine Soja (Kacang Soya) BHT Bisabolol Parfum Amyl Cinnamal Benzyl Salicylate Citronellol Coumarin Eugenol Geraniol Hydroxycitronellal Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde Limonene Linalool Alpha-Isomethyl Ionone CI 26100 |
Bio-Oil bebas dari bahan pengawet
Bio-Oil tidak mengandungi bahan pengawet. Mikrob (bakteria, fungus dan kulat) memerlukan air (atau wap air) dan di dalam kebanyakan situasi, oksigen, untuk hidup dan membiak.
Bio-Oil adalah bebas air. Maka, bahan pengawet tidak diperlukan kerana sememangnya sukar bagi mikrob untuk membesar dalam persekitaran begini.