Bio Oil - Formulasi
Formulasi

Penyelidikan dan pembangunan formula Bio-Oil merupakan kerja asasi Dieter Beier, seorang saintis kosmetik Jerman yang tinggal di Afrika Selatan.

Dieter Beier kini telah bersara. Beliau memulakan penyelidikan mengenai produk penjagaan kulit berasaskan minyak sejak awal tahun 1970-an. Di Union-Swiss, Beier memerhatikan bagaimana persekitaran minyak yang bebas daripada oksigen memberikan persekitaran yang sangat baik untuk penyimpanan vitamin dan bahan natural yang lain untuk mengekalkan potensinya. Pemerhatian ini akhirnya mendorong Beier untuk menghasilkan formula Bio-Oil.

“Minyak adalah bebas oksigen. Ia menyediakan medium terbaik untuk penyimpanan tetapi tebal dan berminyak. Krim bagaimanapun ringan, tidak berminyak dan mudah diserap tetapi mengandungi oksigen. Semasa menyediakan formula Bio-Oil, saya mahukan yang terbaik menerusi kedua-duanya. Saya hendak menggunakan asas minyak sebagai kandungan utama untuk formula Bio-Oil yang mengandungi vitamin serta ekstrak herba, tetapi saya juga mahu supaya produk mudah menyerap. Jika tidak, ia hanyalah sia-sia,” kata Beier.

Penyelesaiannya muncul apabila Beier mencampurkan Minyak PurCellin™ (formula makmal yang menyerupai kelenjar itik) ke dalam formulanya dan mampu mengurangkan kepekatan minyak menjadikannya formula yang mempunyai ciri krim mesra kulit.

Pada tahun 1986, sedekad selepas kajian dijalankan, formulasi Bio-Oil siap sepenuhnya dan selepas setahun menyiapkan ujian produk, ia dihasilkan untuk kegunaan pengguna pada tahun 1987.

 

 

Minyak PurCellin™
Minyak PurCellin™ adalah formula makmal yang menyerupai kelenjar itik. Semasa membersihkan badan, itik mengeluarkan minyak melalui kelenjarnya dan menghantarnya ke seluruh kawasan gumpalan bulunya dengan cara memusing-musingkan lehernya. Minyak ini membentuk lapisan nipis, tidak berminyak di atas permukaan bulu menyebabkan air tidak membasahinya dan memudahkan itik untuk berenang.

Menarik untuk diperhatikan apabila burung air menjadi inspirasi kepada penemuan Minyak PurCellin™.

Yayasan Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan mencadangkan satu method untuk memulihara burung-burung air dengan cepat dengan menggunakan Minyak PurCellin™.

 

my_ingredients_loz.jpg