JENAMA

Bio‑Oil®


NAMA PRODUK DAN SAIZ

Dry Skin Gel 50 ml
Dry Skin Gel 100 ml
Dry Skin Gel 200 ml


PETUNJUK

Meningkatkan kelembapan kulit dengan ketara.


PERSEMBAHAN

Gel oren / merah jambu.


RUMUSAN

Gel dengan 84% bahan oklusif, 13% humektan dan 3% air.


KANDUNGAN

Paraffinum Liquidum, Isopropyl Palmitate, Triisononanoin, Glycerin, Cetearyl Ethylhexanoate, Isopropyl Myristate, Aqua, Caprylic / Capric Triglyceride, Isostearyl Isostearate, C26-28 Alkyl Dimethicone, Butyrospermum Parkii Butter, Sodium Lactate, Urea, Gluconolactone, Sodium PCA, Sodium Hyaluronate, Octyldodecyl PCA, Sucrose Laurate, Sucrose Stearate, Lactic Acid, Lanolin, Butylene Glycol, Dimethicone / Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Bisabolol, Helianthus Annuus Seed Oil, Silica, Glycine Soja Oil, Retinyl Palmitate, Tocopheryl Acetate, Niacinamide, Linoleic Acid, Linolenic Acid, Tocopherol, Anthemis Nobilis Flower Oil, Calendula Officinalis Extract, Rosmarinus Officinalis Leaf Oil, Lavandula Angustifolia Oil, Parfum, Farnesol, Limonene, Linalool, CI 17200.


ALERGEN

Terdapat tiga alergen dalam Bio‑Oil® Dry Skin Gel. Seperti kebanyakan alergen, ini terdapat dalam minyak tumbuhan dan pewangi. Yang terdiri daripada: Farnesol, Limonena, dan Linalool.


PENILAIAN KESELAMATAN

Bio‑Oil® Dry Skin Gel telah menjalani penilaian keselamatan oleh ahli toksikologi bertauliah dan telah diklasifikasikan sebagai selamat untuk digunakan oleh orang dewasa, termasuk wanita hamil dan menyusu, dan kanak-kanak berumur lebih tiga tahun.


PERCUBAAN KLINIKAL KULIT KERING

Pusat percubaan Complife Italia Srl, Itali. Objektif Penilaian klinikal untuk menguji keberkesanan Bio‑Oil® Dry Skin Gel untuk meningkatkan kelembapan kulit. Sampel Subjek: 40 wanita sihat dengan jenis kulit skala Fitzpatrick II-V dan secara klinikal menunjukkan kulit kering/sangat kering (gred II-IV) pada kulit kaki sebelah bawah, dengan nilai Corneometer kurang daripada 40 semasa pendaftaran. Kawasan ujian: produk ujian disapukan pada kulit bahagian bawah sebelah kaki semua subjek. Umur peserta: 40–65. Metodologi Kajian rawak bagi anggota badan, penilai bebas, dan instrumen klinikal terkawal. Subjek mengambil bahagian dalam penilaian saringan awal diikuti dengan tempoh kering selama tujuh hari, tempoh rawatan 28 hari dan tempoh susulan tiga hari (regresi). Semasa tempoh kering, dan sepanjang kajian, subjek mencuci kaki mereka dua kali sehari dengan Dove Beauty Bar. Bio‑Oil® Dry Skin Gel disapu dua kali sehari pada kulit sebelah bawah kaki yang ditetapkan, sementara yang kaki sebelah lagi dibiarkan tidak dirawat. Penilaian klinikal dan penilaian instrumental telah dijalankan pada saringan, asas dan pada hari pertama, ketiga, keenam, kelapan, kesepuluh, ke-14, ke-21, ke-28, ke-29, ke-30 dan ke-31. Kawasan tak dirawat tersebut juga dinilai pada setiap titik masa itu. Penilaian adalah seperti yang berikut: peserta telah digredkan secara klinikal untuk kekeringan (pada skala dari 0-5) oleh penilai visual terlatih. Pengukuran kuantitatif hidrasi kulit dilakukan dengan menggunakan Corneometer. Pengukuran kuantitatif kehilangan air transepidermal (TEWL) sebagai penunjuk fungsi penghalang, dilakukan dengan menggunakan Tewameter. Hasil Bio‑Oil® Dry Skin Gel menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi statistik dalam pelembapan kulit, fungsi penghalang dan penampilan kulit kering (penggredan klinikal kekeringan) pada setiap pemeriksaan pemantauan eksperimen, kedua-duanya dibandingkan dengan nilai asas dan kawasan (kawalan) tak dirawat. Untuk penggredan klinikal kekeringan, peningkatan yang ketara dari segi statistik terbukti dalam 62% peserta dari hari pertama, dan lebih daripada 85% peserta dari hari ketiga dan seterusnya. Dari hari ke-21, 100% peserta menunjukkan peningkatan. Pada hari ke-28 peserta menunjukkan lebih 3.5 kali peningkatan dalam skor penggredan klinikal yang dicatatkan pada hari pertama. Selepas 28 hari penggunaan, 100% peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam kelembapan kulit, dengan tahap peningkatan melebihi sekali ganda pada hari pertama. Begitu juga, selepas 28 hari penggunaan 82% peserta menunjukkan penurunan ketara dalam TEWL, dengan tahap peningkatan melebihi 5.5 kali daripada hari pertama. Keberkesanan Bio‑Oil® Dry Skin Gel meningkatkan kelembapan kulit, fungsi penghalang dan penampilan kulit kering juga telah disahkan dalam 3 hari susulan, apabila penggunaan produk telah dihentikan.


UJIAN KULIT SENSITIF

Pusat percubaan Complife Italia Srl, Itali. Objektif Untuk menilai potensi Bio‑Oil® Dry Skin Gel menyebabkan kerengsaan kulit. Sampel Subjek: 30 peserta; 28 perempuan dan 2 lelaki, semuanya mempunyai kulit sensitif mengikut ujian kepedihan asid laktik. Umur peserta: 18–70 tahun. Metodologi Kajian terkawal. Dua kawasan telah dinilai: kawasan yang menggunakan kawalan negatif (air tanpa mineral) dan kawasan yang menggunakan Bio‑Oil® Dry Skin Gel. Produk ujian disapu pada bahagian belakang peserta selama 48 jam dengan menggunakan Finn Chamber®. Tindak balas kulit dinilai di bawah pengawasan pakar dermatologi, untuk menilai kerengsaan kulit primer selepas 15 minit, 1 jam dan 24 jam selepas tampalan ditanggalkan. Tindak balas kulit dinilai pada skala dari 0–4 (dengan 0 tiada eritema, edema, atau jenis kerengsaan kulit yang lain, dan 4 ialah eritema dan edema yang serius, menunjukkan timbulnya warna merah gelap dan bengkak berpanjangan di luar kawasan penggunaan). Hasil Penerimaan kulit terhadap Bio‑Oil® Dry Skin Gel disimpulkan sebagai ''tidak merengsakan''.


UJIAN TIDAK KOMEDOGENIK

Pusat percubaan Complife Italia Srl, Itali. Objektif Untuk menilai potensi komedogenik Bio‑Oil® Dry Skin Gel. Sampel Subjek: 20 peserta; 18 perempuan dan 2 lelaki, dengan kulit mudah berjerawat. Umur peserta: 18–65 tahun. Metodologi Kajian terkawal. Produk telah disapu pada cakera kertas penapis ke bahagian belakang bahagian atas peserta. Tampalan dibiarkan selama 48 hingga 72 jam, ditanggalkan, kemudian ditampal lagi. Sebanyak 12 tampalan telah digunakan selama 4 minggu berturut-turut. Tiga kawasan telah dinilai dengan membandingkan kawalan negatif (air tanpa mineral), produk ujian (Bio‑Oil® Dry Skin Gel) dan kawalan positif (alkohol lanolin, produk komedogenik berjenama). Tindak balas kulit dinilai secara klinikal di bawah pengawasan pakar dermatologi 15 minit selepas setiap tampalan ditanggalkan untuk membandingkan kehadiran bebintik hitam sebelum dan selepas setiap penggunaan produk. Hasil Bio‑Oil® Dry Skin Gel didapati tidak komedogenik. Kawasan yang disapu Bio‑Oil® Dry Skin Gel menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dengan kawasan kawalan negatif. Kawalan positif telah menyebabkan jerawat tumbuh.


KAJIAN OKLUSIF

Pusat percubaan Makmal Rigano, Milan, Itali. Objektif Untuk melakukan eksperimen penentuan tahap oklusif Bio‑Oil® Dry Skin Gel di samping keupayaannya untuk membantu kulit mengekalkan lembapan dengan mengurangkan TEWL. Metodologi Satu bikar dengan kuantiti air tertentu ditutup dengan membran separuh telap bernama Vitro-Skin, yang menyerupai sifat permukaan kulit manusia. Gel telah disapu pada membran dan kadar kehilangan air daripada bikar diukur dari semasa ke semasa. Perbandingan kadar kehilangan air telah dibuat dengan bikar kawalan yang tidak membubuh sebarang gel pada membran. Hasil Metodologi ujian kadar penghantaran wap air (WVTR) ialah ujian standard untuk mengukur tahap oklusif produk. Pengurangan dalam nilai WVTR menunjukkan bahawa rumusan tertentu adalah oklusif. Bio‑Oil® Dry Skin Gel didapati telah mengurangkan nilai WVTR dari segi statistik berbanding kawalan tak dirawat apabila disapu pada membran Vitro-Skin. Keputusan in vitro ini menunjukkan bahawa Bio‑Oil® Dry Skin Gel akan membantu kulit mengekalkan kelembapan dalam organisma hidup dan dengan itu membantu melegakan tanda dan gejala kulit kering.


PENGGUNAAN

Arahan penggunaan Sapukan Bio‑Oil® Dry Skin Gel pada kulit kering mengikut keperluan. Dalam kes kulit kering yang berterusan, sapukan dua kali sehari, pagi dan petang. Untuk hasil terbaik, produk hendaklah disapu pada kulit yang telah dibersihkan selepas mandi atau berendam. Jika menggunakan produk lain, lakukan sebaik sahaja Bio‑Oil® Dry Skin Gel telah diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Bio‑Oil® Dry Skin Gel dirumuskan khusus untuk badan, tetapi boleh digunakan pada muka. Langkah berjaga-jaga Bio‑Oil® Dry Skin Gel hanyalah untuk kegunaan kosmetik topikal. Gel tidak seharusnya disapu pada luka atau kulit pecah. Elakkan daripada terkena mata. Jika produk masuk ke dalam mata, bilas dengan air. Jauhkan daripada kanak-kanak. Kuantiti penggunaan Apabila menggunakan krim losen, dan mentega kulit kering, kuantiti yang banyak perlu disapu kerana bahan utama produk ini ialah air, yang akan menyejat apabila bersentuhan dengan kulit. Oleh sebab Bio‑Oil® Dry Skin Gel terdiri daripada 84% minyak, mentega dan lilin, tidak perlu menggunakan gel yang banyak untuk meliputi kawasan anggota yang sama. Penggunaan semasa kehamilan Bio‑Oil® Dry Skin Gel selamat digunakan semasa kehamilan. Vitamin A dan kehamilan Wanita biasanya disyorkan untuk mengehadkan suplemen pemakanan vitamin A semasa kehamilan. Oleh yang demikian, boleh wujud kebimbangan mengenai penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin A. Sebarang bahan yang digunakan pada kulit hanya berbahaya jika berada pada tahap melebihi ambang toksikologinya. Oleh sebab kulit menjadi halangan utama kepada penembusan, hanya sebahagian kecil daripada vitamin A yang digunakan secara topikal memasuki badan. Jawatankuasa Saintifik Suruhanjaya Eropah mengenai Keselamatan Pengguna (SCCS) telah menilai vitamin A dan esternya, apabila digunakan sebagai bahan kosmetik. Pendapat SCCS ialah penggunaan vitamin A dalam losen badan, dengan kepekatan maksimum 0.05% bersamaan retinol, adalah selamat. Vitamin A yang terdapat dalam rumusan Bio‑Oil® Dry Skin Gel berada pada tahap yang jauh di bawah kepekatan maksimum yang dibenarkan untuk losen badan dan boleh digunakan dengan selamat sepanjang kehamilan. Minyak rosemary dan kehamilan Minyak rosemary dalam kepekatan tinggi didapati berfungsi sebagai emenagog atau agen perangsang haid, kerana mampu mencetuskan haid dan berpotensi mendorong kelahiran awal. Itulah sebabnya ahli aromaterapi dan pakar herba yang menggunakan minyak rosemary dalam kepekatan tinggi, mengesyorkan agar tidak menggunakannya semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kepekatan minyak rosemary dalam Bio‑Oil® Dry Skin Gel adalah sangat rendah, maka gel ini selamat digunakan semasa kehamilan. Penggunaan semasa menyusu Bio‑Oil® Dry Skin Gel selamat digunakan pada badan semasa menyusu, tetapi elakkan penggunaannya pada puting. Walaupun tiada kesan berbahaya yang mungkin berlaku, bayi sangat sensitif dan tidak seharusnya tertelan Bio‑Oil® Dry Skin Gel, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Penggunaan pada bayi dan kanak-kanak Keselamatan menggunakan Bio‑Oil® Dry Skin Gel pada kanak-kanak bawah umur tiga tahun belum dinilai. Pada beberapa tahun pertama selepas kelahiran, banyak perubahan berlaku dalam tubuh manusia, termasuk perkembangan sistem imun. Oleh itu, penggunaan losen hanya disyorkan pada kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas. Penggunaan di bawah sinaran matahari Ujian yang dijalankan pada Bio‑Oil® Dry Skin Gel menunjukkan bahawa produk tidak menambah atau memburukkan lagi selaran matahari. Oleh itu, produk ini selamat untuk digunakan di bawah sinar matahari. Walau bagaimanapun, produk ini tidak menawarkan perlindungan terhadap kesan berbahaya sinaran UVA dan UVB matahari. Oleh itu, penting untuk menggunakan produk tersebut bersama-sama dengan tabir suria spektrum luas dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 30. Penggunaan pada atau berdekatan selaput mukosa Bio‑Oil® Dry Skin Gel telah diklasifikasikan sebagai selamat untuk semua kegunaan, namun keselamatannya belum diuji untuk bersentuhan dengan selaput mukosa kerana ini bukan penggunaan produk yang dilihat sebagai munasabah. Penggunaan yang ada kaitan dengan radioterapi atau kemoterapi Walaupun Bio‑Oil® Dry Skin Gel tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menyerap sinaran, pengguna yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan produk tersebut. Penggunaan pada pengguna dengan masalah kesihatan Walaupun Bio‑Oil® Dry Skin Gel boleh menawarkan kelegaan simptom daripada masalah kulit seperti dermatitis, ekzema, psoriasis dan ruam panas, mereka yang mengalami masalah sebegini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan gel ini. Penggunaan pada kulit sensitif Bio‑Oil® Dry Skin Gel boleh digunakan pada kulit sensitif. Dalam kajian kerengsaan kulit yang dijalankan pada 30 peserta berumur 18-70 tahun dengan kulit sensitif, tiada subjek mengalami sebarang kesan mudarat terhadap Bio‑Oil® Dry Skin Gel. Penggunaan pada kulit berminyak Bio‑Oil® Dry Skin Gel boleh digunakan pada kulit berminyak. Dalam percubaan yang dijalankan pada 20 peserta berumur 18–65 dengan kulit mudah berjerawat, Bio‑Oil® Dry Skin Gel didapati tidak komedogenik. Penggunaan pada kulit mudah berjerawat Bio‑Oil® Dry Skin Gel boleh digunakan pada kulit mudah berjerawat. Dalam percubaan yang dijalankan pada 20 peserta berumur 18–65 tahun dengan kulit mudah berjerawat, Bio‑Oil® Dry Skin Gel didapati tidak komedogenik. Pengguna yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan sebelum menggunakan Bio‑Oil® Dry Skin Gel.


GEJALA DAN PUNCA KULIT KERING

Simptom Gejala kulit kering termasuk kulit kusam dan menggelupas, garis halus, kulit berwarna kelabu atau pucat selain kulit terasa kesat dan tegang. Punca Kulit kering disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran: Iklim kering menyebabkan lembapan diserap dari dalam kulit, melalui dwilapisan lipid dan ke udara luar yang kering. Pendingin hawa dan pemanas menyedut lembapan daripada udara, mewujudkan iklim kering buatan yang kemudiannya menyedut kelembapan daripada kulit. Melakukan cucian dan pendedahan terhadap detergen keras setiap hari menyebabkan dwilapisan lipid kulit lenyap, lantas memudahkan lembapan terbebas daripada kulit. Faktor dalaman: Apabila badan semakin tua, kulit menghasilkan semakin kurang lipid menyebabkan dwilapisan lipid menipis dan memudahkan lembapan keluar. Genetik boleh memainkan peranan dalam perkembangan kulit kering kerana paras seramida yang lebih rendah secara semula jadi dalam dwilapisan lipid. Ini mengakibatkan pengurangan oklusif sawar kulit, menyumbang kepada tahap kehilangan lembapan yang melebihi normal. pH kulit mempengaruhi fungsi penghalang. Tahap pH yang lebih tinggi dalam kulit menjejaskan fungsi sihat dwilapisan lipid.


PEMBUATAN

Pembuatan Bio‑Oil® Dry Skin Gel mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) ISO 22716:2007 untuk produk kosmetik. Semua bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan Bio‑Oil® Dry Skin GelBio‑Oil® Dry Skin Gel disertakan dengan Sijil Analisis (COA), dan semua bahan pembungkusan disertakan dengan Sijil Pematuhan (COC). Tiada bahan mentah atau bahan pembungkusan dilepaskan kepada pengeluaran sehingga ujian kawalan kualiti telah diluluskan. Setiap kelompok campuran Bio‑Oil® Dry Skin Gel diperuntukkan nombor kelompok yang unik. Sampel daripada kelompok diuji oleh makmal untuk rupa, kejelasan, bau, pengecaman melalui spektrofotometri, ketumpatan, kelikatan dan mikrobiologi. Sampel disimpan selama empat tahun. Pengisian dan pembungkusan Bio‑Oil® Dry Skin Gel dilakukan di kemudahan dengan suhu dan kelembapan terkawal. Udara akan melalui sistem penapisan udara zarah kecekapan tinggi (HEPA) untuk mengelakkan pencemaran habuk. Pekerja yang bekerja di barisan pengeluaran memakai topi, topeng muka, pelindung muka, sarung tangan, kot dan penutup kasut. Sampel dikeluarkan daripada barisan pengeluaran pada selang masa yang tetap dan diperiksa oleh jabatan Kawalan Kualiti sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kecacatan yang luar biasa. Nombor kelompok dicetak pada botol, karton dan penghantar, dan sampel pengekalan daripada setiap kelompok yang dikilang disimpan selama empat tahun. Tiada pelepasan berbahaya, sisa berbahaya atau air buangan dijana dalam penghasilan Bio‑Oil® Dry Skin Gel.


ARAHAN PENYIMPANAN

Bio‑Oil® Dry Skin Gel hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, jauh daripada pancaran matahari.


KITAR SEMULA

Semua pembungkusan Bio‑Oil® Dry Skin Gel (tab, penutup, label dan karton) boleh dikitar semula.


TEMPOH SELEPAS DIBUKA (PAO)

PAO Bio‑Oil® Dry Skin Gel ialah 12 bulan. Ini ialah tempoh selepas pembukaan produk yang selamat dan boleh digunakan tanpa sebarang bahaya kepada pengguna.


PENSIJILAN

Bio‑Oil® Dry Skin Gel disahkan Halal dan Kosher.


KESAN MUDARAT

Walaupun Bio‑Oil® Dry Skin Gel mempunyai profil toksikologi yang selamat dan memenuhi peraturan antarabangsa dalam hal ini, seperti juga semua produk kosmetik, terdapat risiko pengguna Bio‑Oil® Dry Skin Gel mungkin mengalami kesan mudarat apabila menggunakan produk. Jika kesan mudarat berlaku, penggunaan produk harus dihentikan serta-merta. Gejala tindak balas kulit yang buruk boleh termasuk ruam, bengkak dan keradangan, yang biasanya berlaku di kawasan yang disapu produk. Tindak balas ini mungkin disertai dengan kegatalan dan sedikit ketidakselesaan. Dalam kebanyakan kes, kesan mudarat akan reda dalam masa dua hingga tiga hari selepas penggunaan produk telah dihentikan. Sehingga keadaan kulit kembali kepada asal, kulit mungkin kelihatan kering dan menggelupas apabila tindak balas berkurangan. Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai tindak balas alahan yang berpotensi terhadap penggunaan Bio‑Oil® Dry Skin Gel, lakukan ujian alahan yang mudah ini. Ini dilakukan dengan menyapu sedikit gel pada bahagian bawah lengan dan menunggu selama 24 jam untuk melihat jika berlakunya sebarang tindak balas. Kemerahan kulit yang ketara (eritema) atau sedikit bengkak pada kulit (edema) mungkin menunjukkan potensi tindak balas alahan.


TIDAK DIUJI PADA HAIWAN

Bio‑Oil® Dry Skin Gel dan unsur bahan mentahnya dibuat dengan mematuhi peraturan EU berkaitan ujian haiwan untuk tujuan kosmetik. Bio‑Oil® Dry Skin Gel, mahupun mana-mana ramuannya, tidak diuji pada haiwan sama ada oleh Bio‑Oil atau mana-mana pembekal bahan mentahnya.


BUKAN VEGAN

Bio‑Oil® Dry Skin Gel mengandungi lanolin, iaitu lilin yang diekstrak daripada bulu biri-biri. Oleh itu, Bio‑Oil® Dry Skin Gel bukan vegan.


TERTELAN

Sekiranya tertelan Bio‑Oil® Dry Skin Gel, kemungkinan berlakunya sebarang kesan mudarat adalah tipis kecuali mungkin hanya mengalami rasa mual dan cirit-birit kerana Bio‑Oil® Dry Skin Gel bukan toksik. Walau bagaimanapun, pengguna disyorkan untuk mendapatkan nasihat perubatan, terutamanya dalam kes tertelan yang melibatkan bayi atau kanak-kanak.


PERUBAHAN PENAMPILAN

Terdapat dua keadaan apabila penampilan Bio‑Oil® Dry Skin Gel mungkin berubah. Keadaan pertama berlaku apabila gel terdedah kepada suhu tinggi atau rendah yang melampau untuk tempoh yang lama; suhu tinggi melampau akan mengeringkan permukaan gel, dan ini lebih ketara apabila bekas dibiarkan terbuka. Sebaliknya, suhu rendah melampau boleh menyebabkan pembekuan. Kedua-dua keadaan ini akan menukarkan gel kepada warna putih. Keadaan kedua berlaku apabila air, atau cecair lain, termasuk ke dalam balang semasa digunakan. Cecair akan berinteraksi dengan pengemulsi dalam rumusan dan memulakan proses pengemulsi, menyebabkan gel menjadi putih dan konsistensinya berubah.


TARIKH SEMAKAN TERAKHIR

20 Ogos 2023